Followers

Monday 16 September 2013

Pakatan Haprak PAS Kaji Semula ! Alo Brader Apa Kata Nik Ajiz ??


Pertama kali mendengar kenyataan tentang niat pemimpin PAS untuk mengkaji semula hubungan atau tahaluf siyasi antara PAS dengan Pakatan Haprak sudah cukup untuk membuatkan MMI tertawa kecil.

Bukannya membantah cadangan ataupun niat puak-puak cakap pandai ni tapi melihat kepada sejarah dan cengkaman kuku Nik Ajiz dalam parti melalut ni rasanya pemimpin PAS hanya boleh bercakap jalah.

Walau berbuih mulut di canang waima di muktamar sekalipun MMI yakin Nik Ajis adalah ibu kepada segala-galanya.Buatlah keputusan apa sekalipun ianya tetap akan berbalik kepada keputusan Nik Ajis.

Malah apa pun yang akan berlaku selepas ini , puak-puak macai PAS jangan risau Nik Ajis selagi mana masih hidup akan tetap memastikan hubungan sahabat sesyurga bersama DAP dan PKR akan terus bertaut.

Dewan Pemuda Pas berpandangan, tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu dalam pakatan pembangkang adalah haram untuk diteruskan sekiranya mendatangkan keburukan atau kemudaratan terhadap perjuangan Islam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, cadangan supaya tahaluf siyasi itu dikaji semula adalah wajar.

Menurut beliau, kajian tersebut perlu melihat sama ada tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.

"Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam, maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama parti anggota yang bertahaluf.

"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP Malaysia Official) hari ini.

Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar, Kedah semalam, mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Resolusi itu turut menegaskan, semakan semula hendaklah dilaksanakan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat melalui kuasa yang ada bagi menjaga maslahah serta membendung dan menghalang mafsadah syariah.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa memberitahu, pucuk pimpinan Pas terutama Majlis Syura Ulama mesti melihat aspek-aspek yang perlu diperbaiki dalam tahaluf siyasi itu.

Beliau berpandangan, tahaluf siyasi antara Pas dan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang sepatutnya membawa keuntungan kepada parti.

"Kita serahkan kepada pimpinan tertinggi. Mungkin pada muktamar nanti ada usul kaji semula," ujarnya.

Norazli berkata, kajian semula itu hendaklah merangkumi semua sudut termasuk isu pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei lalu.Utusan

Ampa percaya ka semua tu ???

MMI

1 comment:

  1. Kesian dgn org tua ni ...Ya allah tunjukkan la jalan yg benar utk umat islam di Malaysia ini.

    ReplyDelete

Labels