Followers

Saturday 14 September 2013

PAS Tidak Anggap Cubaan Pihak Kristian Mahu Gunakan Kalimah Allah Sebagai ISU !!


PAS meminta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk tidak mencampuri urusan parti itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata sokongan PERKASA pada perbicaraan Kalimah Allah di mahkamah rayuan minggu lalu sudah mencukupi dan tidak perlu menyoal sokongan pihak lain.

"Tak apalah, itu isu PERKASA. Kita tak ada isu. PERKASA pun ada 400,000 ahli. Dah ramai dah, cukup lah tu," jelasnya ringkas ketika dihubungi Antarapos.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semalam melahirkan rasa kecewa kerana tidak ada seorang wakil PAS yang hadir memberi sokongan ketika berlangsung kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tentang penggunaan kalimah Allah 10 September lalu.

Malah Hatta juga menegaskan komitmen yang ditunjukkan pertubuhan berkenaan tidak perlu dikaitkan dengan penglibatan pihak-pihak lain yang tidak hadir pada perbicaraan kes itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa tiada seorang ahli PAS yang hadir pada hari perbicaraan tersebut.

Ibrahim berkata, PAS perlu melangkaui fahaman politik dan bersama-sama dengan semua pihak dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah daripada digunakan dalam akhbar minggun The Herald.

Mahkamah Rayuan pada 10 September lalu menetapkan Oktober depan untuk memberi keputusan perbicaraan kes Kalimah Allah oleh bukan Islam setelah mendengar hujah pendakwaraya Persekutuan dan peguam Gereja Katholik.

Ketua Panel Hakim Datuk Seri Mohamad Apandi Ali berkata keputusan itu akan diumumkan pada satu tarikh bulan depan yang akan ditetapkan kemudian.

Perbicaraan itu adalah lanjutan daripada keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Katholik untuk membatalkan perbicaraan hari ini.

Pada 7 Januari 2009 KDN melarang The Herald menggunakan kalimah Allah namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009.antarapos 

Bagi PAS tak ada ISU ! Di ulang tak ada isu ! Jadi ampa semua fikir dan nilai sendirilah , puak ni mengaku pejuang Islam tetapi kalimah Allah pun tak di pertahankan siap boleh kata tak ada isu lagi ?

Apa maksud ?? Lu fikir la sendiri !!

MMI

1 comment:

  1. Amat besar murka Allah swt, langit nyaris terpecah, dan sgtlah besar kedustaan yg keluar dr mulut mulut mrk dan sgt besar pula kemurkaan Allah swt bila dikatakan mempunyai anak, bertiga, beranak dan berbapa dan bg golongan ini tiada isu, SubhanaAllah wa astaghfirullahal'Azim !

    ReplyDelete

Labels