Followers

Thursday 19 September 2013

PEMBANGKANG KANTOI FITNAH Tun Abdul Razak !! WAJIB BACA ..


Kerana dah tak tahan sangat nak kantoikan Datuk Najib akhirnya puak-puak pembangkang malu sendiri dan telah mengkantoikan diri sendiri apabila fitnah serta tuduhan bahawa Tun Abdul Razak merupakan tali barut Jepun di jawab malah di bongkar sehabis-habisnya oleh blogger Dr MiM.

Mungkin puak pembangkang merasakan tuduhan berbunyi TUN ABDUL RAZAK ADALAH TALI BARUT JEPUN dapat mewujudkan tsunami besar rakyat untuk menolak kerajaan pimpinan Datuk seri Najib hari ini.

Namun kerana kegopohan dan ketaksuban untuk melihat tsunami itu berlaku puak pembangkang ternyata tersilap langkah dengan tanpa usul periksa telah membuat tuduhan sebegitu rupa atau dalam sudut lainnya melakukan fitnah itu walaupun pada hakikatnya mereka tahu ianya adalah sebaliknya.

Apa pun itulah sikap puak pembangkang waima pemimpin mereka sudah jelas berbogel pun boleh di tutup mata di butakan hati semata-mata kerana ketaksuban melampau yang sebenarnya memakan diri sendiri.

Sebelum ini, media alternatif pro-pembangkang riuh membangkitkan kononnya Allahyarham Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar di atas.

Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Tun Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.

And true enough. Media pro-pembangkang gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak.

Satu penemuan MiM yang paling menarik yang pasti memalukan dan menyerlahkan kejijikan mereka yang memfitnah Allahyarham Tun Razak kononnya tali barut Jepun ialah artikel yang ditulis oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman.

Artikel tersebut terdapat di dalam buku bertajuk 'Tun Abdul Razak : A Personal Potrait' yang diterbitkan pada tahun 2005.

Tajuknya ialah 'Carefree Days'. Di antara nukilan baginda ialah :
Razak joined the Wataniah (the Malay anti-Japanese resistance movement) but remained in the Japanese administration as an undercover agent.

Terjemahannya :
Razak menyertai Wataniah (gerakan Melayu anti-Jepun) tetapi terus berada di pentadbiran Jepun sebagai agen menyamar (undercover agent).

Sekarang terbuktilah bahawa segala tuduhan yang mendakwa Allahyarham Tun Razak sebagai tali barut Jepun adalah satu fitnah dan pembohongan yang paling jijik dan tidak bertanggungjawab oleh media-media pro-pembangkang!

Di antara fitnah jahat 2 bloggers pro-pembangkang, lihat printscreen di bawah :



MiM sarankan kepada mereka yang menabur fitnah itu supaya meminta maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Tun Abdul Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Mereka juga mesti menarik balik artikel-artikel berbau fitnah itu dengan kadar segera.
  
Untuk rekod, Kapten Tun Abdul Razak merupakan salah seorang daripada Force 136 yang terlibat memporak-perandakan tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di Malaya ketika itu!

Lihat bukti-bukti di bawah :


Sila baca di bawah :
Furthermore, if the Malays were very much keen on kicking out the Brits, then why did they joined Force 136 and Askar Wataniah (in Pahang) as part of the guerrilla forces that wreck havoc to the Japanese in the next few years of Japanese Occupation of Malaya? 
Is this a systematic approach to deny the contribution of Malay in the fight against Imperial Japan? 
Unknown to many, a lot of Malaysian figures such as Major Tengku Mahmood Mahyiddeen, Jeneral Tun Ibrahim (then 2nd Lt) , Jeneral Tunku Osman Jewa (then 2nd Lt), Capt Tun Hj Abdul Razak (the second Prime Minister), Kolonel Yeop Mahidin (then Major) and Lt Ghazali Shafiee (Malaysia’s Foreign Minister) were members of the Force 136.sumber 
Rupa-rupanya, Kapten Tun Abdul Razak merupakan salah seorang daripada Force 136 yang terlibat memporak-perandakan tentera Jepun semasa penjajahan Jepun di Malaya ketika itu!

Allahyaraham Tun Abdul Razak menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun menyerah.


Cerita dia puak-puak macai pembangkang KANTOI !!


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels