Followers

Tuesday 24 September 2013

Pemilihan UMNO ~ Ada Mata Yang Memandang !!


Proses pencalonan sudah pun selesai dan kini semua calon-calon sedang sibuk berkempen.Dah sudah semestinya bila kita menyebut tentang kempen akan ada sentuhan-sentuhan tertentu khususnya melibatkan wang ringgit.

Senang cita rasuah wang !! MMI rasa tak salah membangkitkan tentang perkara yang pernah menggemparkan kita satu masa dulu dan kalau diamati dengan teliti ianya bermula sewaktu era si Anwar masih dalam UMNO.

Jadi apa yang MMI nak khabarkan mudah ja dengan proses tranformasi yang parti UMNO lakukan kali ini sudah pasti ianya mampu mengekang aktiviti tidak sihat ini dari terus merebak.Dan seperkara yang harus di ingat ketika ini sudah ada MATA-MATA yang kini sedang memerhatikan setiap calon yang bertanding.

Menurut SPRM salah laku rasuah semasa pemilihan parti politik harus disiasat oleh lembaga disiplin parti terlebih dahulu dan hanya dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, perkara itu meliputi semua parti politik di negara ini.

"Kalau dalam siasatan mereka ada bukti yang perlu disiasat dengan lebih lanjut, sila tampil dan serahkan bersama bukti kepada kami. Saya cadangkan biar lembaga (disiplin) buat keputusan dan jika ada apa-apa isu mereka boleh rujuk terus kepada SPRM.

"Bagi saya tidak timbul isu mana-mana parti termasuk Umno untuk menyembunyikan fakta, kerana kalau sembunyi dan tidak telus akhirnya yang rugi ialah parti itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Kompleks Pejabat SPRM Pahang, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan SPRM jika ada gejala rasuah semasa pemilihan UMNO bulan depan.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan penyelewengan Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam), Shukri berkata siasatan akan mengambil masa kerana membabitkan seluruh negara.

"Banyak saksi dan keterangan yang perlu kami rekodkan. Mengenai kenderaan yang kami rampas... 10 kenderaan mewah itu, SPRM tidak pernah pada bila-bila masa membuat pengumuman bahawa kereta itu milik mana-mana individu.

"Saya hairan macam mana media keluarkan bahawa kereta itu milik seseorang, sedangkan SPRM tidak pernah dedahkan dan saya tidak tahu daripada mana (maklumat) mengenainya datang," katanya.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Politik kepada bekas menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim bersama enam lagi individu ditahan oleh SPRM untuk membantu siasatan penyelewengan Dana 1Azam.

Mereka ditahan pada 20 Sept lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin SPRM tiga hari kemudian.Baca Sini 

Mengenai kes Persatuan Bola Sepak Perak pula, beliau mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu semalam dan siasatan sudah dimulakan.

"Berikan kami masa... kami baru terima laporan daripada persatuan dan mana-mana persatuan yang mengesyaki berlaku (rasuah)... sila tampil dan bawa sekali bukti bagi memudahkan kami menjalankan siasatan," katanya. - BERNAMA

Sebelum itu Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) pada Isnin menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.


Timbalan Presiden Pafa Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.

"Kami juga menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai pengerusi jawatankuasa disiplin Pafa Datuk Ismail Saffian untuk menyiasat secara terperinci apa yang kami syaki ini.

"Siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.Baca Selanjutnya 

Untuk rekod Khairul Azwan Harun atau Azwanbro adalah Ketua Pemuda Negeri Perak dan hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels