Followers

Thursday 12 September 2013

SERABUT Guan Eng Cuba Cari Jalan Keluar !!


Nampaknya abang besar DAP ni makin serabut dengan kemelut yang melanda parti sejak pemilihan CEC yang lalu.Ternyata "game" yang cuba di mainkan oleh segelintir anjing-anjing dalam parti cauvinis itu kini menggigit diri sendiri.

Kerakusan yang di tunjukkan oleh puak-puak dinasti dalam pimpinan DAP kini ternyata tidak di senangi oleh penyokong sendiri bahkan pelbagai laporan turut menyusul menghentam Guan Eng selaku orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan perjalanan parti.

Jika selama ini mereka sering melalak kononnya parti merekalah yang paling hebat , kini lalakan itu semakin sayup-sayup kedengaran malah mungkin kini sudah berkira-kira untuk lari jauh masuk ke hutan.

Bagi MMI mudah , jika itu yang di mahukan maka di persilakan kerana hutan adalah tempat yang paling sesuai bagi puak-puak ini .. melalaklah sepanjang hari pun tidak ada siapa pun yang akan kisah.

Namun kerana sikap degil dan keras kepala mereka masih lagi bertahan.Bertahan dari asakan orang-orang sendiri yang mula faham dan sedar bahawa parti DAP bukanlah sebuah parti anak beranak yang memerlukan pengikutnya untuk tunduk kepala angguk tanda setuju walaupun di depan mata pelbagai kesalahan dan kepincangan berlaku.

Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, Seremban, A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.

Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini memberitahu, beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.

Permohonan injunksi itu dikemukakan atas alasan pemilihan khas tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan parti berkenaan.

Bagaimanapun sehingga petang ini, pihak media tidak diberikan salinan dokumen permohonan terbabit.

Dass yang hadir dengan dua lagi individu dipercayai penyokongnya turut menuntut agar pada tarikh tersebut satu mesyuarat kongres diadakan dan bukannya pemilihan CEC.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.

Karpal dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.

Pada 14 Ogos lalu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengumumkan DAP akan mengadakan semula CEC seperti yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.

Isu kepincangan keputusan pemilihan CEC bermula pada 4 Januari lalu apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara tiba-tiba mendedahkan terdapat 'kesilapan teknikal' sewaktu penjumlahan undi iaitu 19 hari selepas keputusan diumumkan.

Selepas kesilapan diperbetulkan, keputusan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari yang tewas pada mulanya setelah menduduki tempat ke-39 dengan menerima 305 undi, melonjak ke tempat ke-20 dengan undian sebanyak 806, sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC.utusan

Malah sehingga ke hari ini 500 surat pengakuan rasmi daripada perwakilan DAP yang mendakwa mereka telah atau tidak menghadiri pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti Disember tahun lalu masih GAGAL di serahkan kepada ROS dan ia sebenarnya membuktikan bahawa mereka banyak menipu untuk kepentingan diri sendiri.Baca SINI & SINI 

Selain dari itu nampak sangat Guan Eng kelam kabut seolah-olah mahu segera menyelesaikan masalah ini dengan mahu proses pemilihan semula CEC diadakan pada 29 September 2013 sedangkan menurut kenyataan Karpal Singh beliau membayangkan mahu mengadakannya pada bulan November.

Pelik kenapa boleh jadi macam tu ? Nampak gayanya Guan Eng lebih jauh berkuasa daripada Karpal Singh sedangkan jika mengikut hiraki kepimpinan Karpal Singh jauh lebih tinggi kedudukannya dalam parti.

Mungkin kerana serabut dengan masalah yang di cipta sendiri maka Guan Eng kini tidak senang duduk dan terbaru pula beliau di katatan telah di ugut BUNUH !


Huhu sapa yang nak bunuh Guan Eng ni ?? Rasanya tak untung pun kalau dia ni kena bunuh sebabnya lagi bagus kalau dia sendiri berdepan dengan kejatuhan DAP dan pembangkang di Malaysia.

Bagi MMI menerima keputusan rakyat menolak pembangkang dan DAP jauh lebih sakit daripada lain-lain perkara kerana ianya akan membawa hingga ke mati.Huh SAKIT....

Apa pun MMI melihat puak ni cuba cari jalan untuk "divert" isu pemilihan CEC dengan ugutan bunuh terhadap Guan Eng.

Hahaha Alo Guan Eng kita ada mata laa ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels