Followers

Thursday 12 September 2013

Wow Mat Bangla Operator Unit Laporan Di Bank Negara ?? Mohon Pencerahan @BNM_official

Gambar Hiasan
MMI sendiri kurang pasti sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) ada menggunakan perkhidmatan warga Bangladesh sebagai kakitangannya.Jika merujuk kepada video di bawah jelas sekali operator tersebut mengaku bahawa beliau adalah bangla.Namun jika di teliti suara tersebut ianya seakan-akan lelaki berbangsa cina.

Agak pelik dan mushkil bagaimana mereka-mereka ini yang MMI rasakan adalah sindiket penipuan boleh sahaja mengaku sebagai petugas BNM dan bebas menjalankan aktiviti penipuan mereka.Apakah tidak ada sebarang pemantauan di buat oleh pihak-pihak tertentu khususnya BNM sendiri tentang kegiatan sindiket penipuan ini ?

Untuk makluman ianya bermula dengan panggilan yang MMI percaya di buat secara rawak dengan memperkenalkan diri (operator) sebagai petugas pihak bank-bank tertentu memaklumkan tentang status pinjaman dan sebagainya.Kemudiannya operator tersebut akan meminta mangsa untuk menghubungi pihak BNM melalui nombor telefon 03-2788 5038 (unit laporan) bagi mendapatkan penjelasan.

Persoalannya kenapa nombor yang di hubungi itu di uruskan oleh operator bangla yang dari segi percakapannya langsung tidak menunjukkan tahap profesional atau standard pegawai-pegawai daripada BNM ? Jom kita tengok ...



"Selamat petang BNM bahagian laporan" antara ayat yang mula-mula keluar dari mulut operator tersebut.Hebat bukan ? 

Untuk mengikuti apa yang berlaku sila rujuk di blog Uruk-Hai 

Rasanya pihak BNM mahupun sesiapa sahaja perlu segera menyiasat kegiatan yang MMI percaya sebagai sindiket penipuan kredit sebelum ianya menyusahkan banyak pihak.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels