Followers

Friday 4 October 2013

Ada Cubaan Pihak Tertentu BURUKKAN Kerajaan Malaysia !!


Bukan sekarang malah sejak dulu lagi mereka-mereka ini sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memburukkan kerajaan Malaysia.Kalau masih ingat sebelum ini kita turut di gemparkan dengan tindakan seorang ketua menteri yang telah memburukkan negeri lain dalam negara Malaysia hanya kerana mahu mencari pelabur.

Jangan langsung di lupakan bagaimana negara di serang dari sudut ekonomi oleh penyangak matawang dunia George Soros pada era 90an dulu sehingga memerlukan nilai mata wang kita di tambat untuk mengekang tekanan ekonomi pada masa itu.

Kita juga pernah menerima cacian dan tohmahan oleh pihak-pihak yang mengaku kuasa dunia namun segalanya mampu kita tangani dengan baik walaupun masih ada segelintir rakyat sendiri yang lebih mengagungkan pihak lain waima sampai ke tahap mengangkat Chin Peng sebagai tokoh pejuang negara.Nauzubillah !!

Kini gerak kerja yang hampir serupa nampaknya berulang lagi , hebahan tentang satu projek yang akan di jalankan di Pahang cukup memeranjatkan banyak pihak kerana apa yang sedang di hebohkan itu bukan sahaja mampu memberikan persepsi tidak baik terhadap kerajaan tetapi di lihat juga sebagai satu cubaan berani oleh pihak yang di lihat berkepentingan.



Projek yang dinamakan ’1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar.

Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan. 

Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep ‘spiritual tourism’ telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.

Projek ini kononnya disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

Di bawah adalah jawapan kepada isu tersebut :

Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri. 

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan.sumber 

Dalam masa yang sama semua ini kini menjadi tanda-tanya kerana pihak berwajib dilaporkan ‘tidak pernah mendengar’ projek seumpama itu!

Sebagai contoh, pegawai dari Tourism Malaysia Pahang, Fauziah Elias memberitahu akhbar Malay Mail – setakat ini kami tidak mempunyai maklumat mengenainya!

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga berkata beliau tidak tahu mengenai projek itu.

Bagi MMI dengan apa yang sedang berlaku dan telah di lakukan , pihak berwajib perlu mengambil tindakan serius kerana ianya bukan sahaja melibatkan integriti kerajaan tetapi turut mencabar orang-orang Islam di Malaysia.

Percayalah MMI yakin dan percaya tindakan sebegini hanya mampu di lakukan oleh mereka-mereka yang di sokong oleh pihak-pihak tertentu dan MMI bimbang mereka-mereka itu adalah parasit yang MAMPU menghuru-harakan negara.

BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLEWAT !!

Baca juga artikel Dr MiM 

MMI

1 comment:

  1. Bersatulah melayu Islam, kita lawan Cina makan babi mati masuk neraka, kafir lahanat!!!!!

    ReplyDelete

Labels