Followers

Friday 4 October 2013

Apa Berlaku Di AMERIKA ?? Captain Pun Tak Boleh Tolong !!


Rasanya Captain Amerika pun tak mampu melakukan apa-apa waima atas status superhero sekalipun.Bawalah sebanyak mana nama sekalipun malah jika di himpunkan nama-nama besar seperti Bat Man,Iron Man & lain-lain sekalipun hakikatnya rakyat Amerika Syarikat perlu menerima hakikat sedikit sebanyak reputasi sebagai sebuah kuasa besar dunia hari ini tercalar kerana kerja buat manusia biasa yang punya kelemahan.

Dunia secara tiba-tiba dikejutkan dengan berita Pejabat Pengurusan dan Bajet White House terpaksa mengarahkan sebahagian agensi kerajaan AS ditutup selepas Kongres gagal meluluskan satu bajet persekutuan khas bagi mengelak kegagalan fungsi kerajaan.

Ekoran itu, beberapa agensi kerajaan diarah melaksanakan rancangan penutupan berikutan ketiadaan peruntukan dan dalam masa sama penutupan itu turut memberi kesan kepada kira-kira 800,000 kakitangan yang diberikan cuti tanpa gaji sehingga bajet tersebut diluluskan.

Dalam konteks negara kerdil seperti Malaysia ini rasanya belum pernah berlaku keadaan dimana kakitangan kerajaan tidak dibayar gaji.  Jangan kata tak bayar gaji, kakitangan kerajaan di negara ini adalah yang paling sukar dibuang kerja walaupun ada diantara mereka prestasi macam haram dan sokong pembangkang pulak tu.

Yang mati-mati sokong kerajaan, nak jadi kerani pentadbiran pun payah, walaupun ijazahnya bergulung.

Seingat kita , kes paling hampir berlaku apabila pentadbiran negeri Kedah (semasa dibawah pentadbiran pembangkang) dikaitkan dengan kegagalan membayar gaji di sektor kerajaan tertentu menggunakan dana dari kerajaan negeri, sebaliknya dana lain.

Tak pasti kebenaran tentang itu, tapi yang nyata ada pekeliling yang menyebut tentang pemotongan elaun perjalanan dan sebagainya.

Selangor pula selepas PRU13 yang lepas pun hampir menghadapi keadaan sama, bila kerajaan negeri terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak RM 761 juta Julai lepas atau kerajaan negeri akan mengalami masalah kewangan - termasuk gagal membayar gaji.

Kita perlu ingat, bajet 2013 Selangor yang dibentangkan pada tahun lepas, hanya bernilai RM 1.63 billion, tapi peruntukkan tambahan saja sudah jauh lebih dari separuh – belum habis setahun pun.

Semua ini berlaku di negeri pembangkang walaupun BN yang sering kali dituduh cuba membankrapkan negara.

Perkara ini (tidak membayar gaji) bagaimanapun berlaku di Amerika Syarikat -negara yang kononnya kaya, maju dalam serba serbi, canggih, terkuat dan apa jadah, bila sejuta kakitangan kerajaan negara tersebut tidak akan dibayar gaji akibat peruntukkan kewangan yang dipohon Presiden Barrack Obama, tidak dilepaskan Kongres.

Sehinggakan, ada kakitangan yang terpaksa cuti tidak bergaji dan pejabat ditutup kerana masalah tersebut. Sementara yang masih bergaji, berkemungkinan besar akan menerima bayaran lambat.

Walaupun soalnya bukan tidak ada wang, cuma peruntukkan yang tidak diluluskan, tapi ia masih lagi satu peristiwa yang mencemar imej negara Uncle Sam tersebut.  Di Zimbabwe yang kadar inflasinya beribu kali tinggi dari USA pun, belum ada lagi berita serupa yang dilaporkan.

Maka itu penting disebutkan bahawa pengurusan kewangan negara perlu diuruskan dengan baik dan kerajaan juga perlu mempunyai kekuatan politik yang meyakinkan untuk memastikan perkara sedemikian tidak berlaku di negara kita.

Isu negara bankrap dan tidak mempunyai wang ini boleh berlaku dan akan berlaku kepada mana-mana negara yang tidak mempunyai pengurusan kewangan dan politik yang baik - termasuk negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Negara kita tak jadi macam itu, bersyukurlah.

Justeru, bila kerajaan naikkan cukai atau perkenalkan skim percukaian ke atas barangan tertentu, itu adalah untuk kepentingan rakyat kebanyakkannya.  Kerajaan memang tidak boleh puas hatikan semua pihak, tapi yang lebih penting, tugas kerajaan ialah mentadbirkan negara ini dengan baik dan berhemah.

Atau semua orang pun boleh dapat susah, macam yang berlaku di Amerika Syarikat sekarang.sumber 

Seperkara yang harus kita semua ingat Malaysia adalah negara kita dan bumi ini hak kita maka jangan sesekali lalai dengan sandiwara pihak-pihak tertentu kerana satu kesilapan kita bukan sahaja bakal berdepan dengan apa yang sedang berlaku di bumi superhero tetapi kita mampu hilang MARUAH !

Psst Captain Amerika pun malu bro !!

MMI

2 comments:

  1. KALAU NAK SERANG NEGARA ARAB SENANG JE LULUS BAJET!

    ReplyDelete
  2. Admin... bawak2 istifar admin..jangan sebar fitnah... kerajaan negeri selangor ade rezab bernilai 3 billion.. xperlu kerajaan negeri selangor pinjam duit kerajaan pusat..

    ReplyDelete

Labels