Followers

Wednesday 30 October 2013

HOT Cerita Susu MAHFUZ Tibai Buat FITNAH #PRKSungaiLimau


FITNAH !! PEMBOHONG !! PUTAR ALAM !! Rasanya dah jadi sebati dengan parti PAS apabila tak abis-abis buat onar semata-mata nak tunjuk kelemahan UMNO dan Barisan Nasional.Maklumlah dengan tempoh masa PRK DUN Sungai Limau hanya berbaki lagi 6 hari , PAS dan pimpinannya di lihat seolah-olah tak cukup masa untuk berkempen.

Kadang-kadang naik menyampah MMI nak sebut "tak cukup masa" sebabnya puak-puak pembangkang ni sejak PRU sehinggalah ke PRU yang seterusnya sering saja menganjurkan program-program ceramah mereka di merata tempat bahkan di seluruh negara.

TERKINI si Mahfuz bikin ribut sekali lagi apabila mendakwa pemberian susu kepada penduduk yang terlibat menerima susu yang telah TAMAT TEMPOH !!

ADOI !! Apa kejadahnya Mahfuz ni ??? 


Sebenarnya ia berkaitan pemberian bantuan kerajaan berupa barangan keperluan asas kepada penduduk di Sungai Limau melibatkan PDM Sungai Dedap.Mahfuz telah mendakwa susu yang telah di sumbangkan itu telah tamat tempoh.

Dan setelah di siasat ternyata ianya adalah satu tuduhan liar dan fitnah berniat jahat yang di lakukan oleh PAS semata-mata untuk memastikan rakyat serta pengundi di DUN Sungai Limau membenci Barisan Nasional. 

Guna Sebelum 03 09 2014 , Dah Expired ka ??
Apa yang berlaku jelas membuktikan sekali lagi setelah beberapa siri pembohongan sebelum ini yang di lakukan oleh parti PAS menunjukkan mereka semakin celaru dan menerima pakai apa saja perkara tanpa menyiasat kesahihannya terlebih dahulu.BACA SINI 


Bayangkan barangan keperluan tersebut hanya akan di edarkan hari ini dan ianya di uruskan oleh UMNO Bahagian Baling Kedah.Persoalannya bagaimana Mahfuz boleh mendapat susu tersebut lebih awal sebelum ianya di serahkan kepada mereka yang berhak ?

Berikut merupakan kenyatan akhbar Datuk Azeez...

Ketua Umno Bahagian Baling merangkap Ahli Parlimen kawasan Baling 

- Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

- Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

- Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily. 

- Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

- Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

- Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

- Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau.

KANTOI !!

MMI

2 comments:

  1. Jenama susu yg ditunjukkan tarikh tamat tempoh oleh mahfuz adalah ALIF walhal jenama susu yg akan diedarkan oleh UMNO Baling adalah KELUARGA. Boleh sesiapa sahkan perkara ini?

    ReplyDelete
  2. Tolong sebarkan demi kebenaran.

    Yang jadi masalah kepada orang melayu ini adalah mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

    Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan mesjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

    Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

    Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

    Ana Muslimah

    ReplyDelete

Labels