Followers

Thursday 17 October 2013

Kalimah Allah ~ Jangan Sampai Berpecah !!


Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan di mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah dalam The Herald demi menjaga keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menjelaskan, selaku pihak yang terlibat dalam proses rayuan itu, kementerian tidak melihat kepada aspek undang-undang semata-mata sebaliknya memberi penekanan kepada sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan.

"Kita harus menghormati antara satu sama lain dalam soal pegangan agama," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Ahmad Zahid juga berharap keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak mewujudkan perpecahan antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam.

"Jika ada ketidakpuasan hati di pihak berkenaan untuk bawa ke Mahkamah Persekutuan, itu adalah hak mereka. Bagi saya itu adalah proses undang-undang tetapi daripada segi keselamatan, kita tak mahu ada perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam," katanya.

Isnin lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah ’Allah’ dalam versi bahasa Malaysia penerbitan itu. - BERNAMA

MMI pun kurang pasti apa yang puak-puak ni kalut sangat dengan kalimah Allah ! Kalau sekali pandang ada dua sebab sahaja .. Pertama puak-puak ni sampai tahap tuhan sendiri pun tak percaya dah !! Keduanya sengaja cari pasai dengan orang Islam !!

Apa pun MMI sokong sepenuhnya tindakan daripada kerajaan melalui KDN sekurang-kurangnya nampak usaha nak pertahankan kalimah Allah nak harapkan puak-puak yang mengaku pejuang Islam tu kira asyik nak maki orang dengan debat..Pegiiirahhhh...

MMI

2 comments:

  1. Tuhan mereka sendiri pun berubah-ubah dan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bahkan penganut dan pengikut mereka pun ditipu dan diselewengkan dengan nama Tuhan yang pelbagai. Memang celaru mental puak-puak ni. Kurang keyakinan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala hotak hang diorg keliru... dah 400 tahun guna kalimah Allah, tapi skrg je jadi isu pa hal pulak? Tak tahu fakta, jgn asyik nak kutuk agama org lain. pergi solat diam diam lah bangang....jgn asyik sibuk nak lagakan umat ciptaan Allah.

      Delete

Labels