Followers

Wednesday 30 October 2013

PANAZZ SMS Jentera PAS Tak Puas Hati Dengan MAHFUZ ?!!


Nampaknya jentera PAS di Sungai Limau semakin berserabut apatah lagi pembohongan demi pembohongan yang berlaku menyebabkan sebahagian jentera PAS kini mula mempersoalkan tujuan dan tindakan sesetengah pemimpin mereka.

MMI tumpang terkejut apabila SMS di atas mula tersebar sejak 28 Oktober lalu dan jika di teliti sms tersebut jelas memperlihatkan rasa tidak puas hati jentera PAS berkenaan tugasan yang di berikan.

Sejauh mana kebenaran sms ini , MMI sendiri kurang pasti namun dalam tempoh waktu pilihanraya yang sedang berlangsung segalanya mungkin !

Jika membaca isi kandungan sms tersebut jelas memperlihatkan bagaimana pemimpin di peringkat akar umbi parti PAS tak puas hati dengan Mahfuz apabila di tugaskan untuk menjaga 2 UPU dalam kawasan UMNO.

Persoalannya kenapa perlu melahirkan rasa ketidakpuasan hati sebegitu sekiranya perjuangan PAS selama ini berdasarkan perjuangan fisabilillah ? Kenapa perlu takut apabila di arahkan untuk menjaga 2 UPU di kawasan UMNO ? 

Bagi MMI mudah pertamanya jentera PAS sendiri sudah mengakui bahawa UMNO ada kekuatan di Sungai Limau dan keduanya si pengirim bimbang sekiranya kawasan beliau kalah dalam pilihanraya ini maka reputasi beliau selaku pemimpin akan tercalar.

Aduhai kata berjuang untuk Islam ? Kenapa perlu sampai pertikai kawasan mana yang perlu di jaga ? Kalau pemimpin sendiri pun tak patuh macam mana dengan rakyat besok ???

MMI

2 comments:

  1. Tolong sebarkan demi kebenaran.

    Yang jadi masalah kepada orang melayu ini adalah mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

    Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan mesjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

    Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

    Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

    Ana Muslimah

    ReplyDelete
  2. SIAPA LEBIH MULIA : FAKTA atau AUTA ?

    Meh kita banding2kan. Siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

    Kes 1.

    TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

    Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

    Kes 2.

    Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

    Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

    Saya ada 2 versi jawapan :

    Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

    Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

    Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

    Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

    Ana Muslimah

    ReplyDelete

Labels