Followers

Thursday 24 October 2013

PAS Mula Dengan Kepincangan !! #PRKSungaiLimau


PRK DUN Sungai Limau kini bermula dengan rancaknya apabila kedua-dua parti yang bertanding sudah pun menggerakkan jentera masing-masing.Sejak sebelum hari penamaan calon lagi Sungai Limau sudah mula di banjiri dengan petugas-petugas parti bagi membantu pergerakan jentera yang telah di bentuk.

Seperti biasa apabila berhadapan dengan parti PAS ini maka sudah pasti akan kita dengar bermacam-macam putar belit yang akan di dengdangkan dari masa ke semasa malah jika melihat kepada persamaan PAS kini hampir atau sudah menyamai sahabat mereka dalam Pakatan Haprak.

Bab bercakap jangan cakaplah daripada lepas isyak sampai ke subuh pun pemimpin-pemimpin PAS mahupun jurucakap-jurucakap mereka mampu lakukan kerana ianya cukup mudah bagi mereka.Jangan silap faham maksud mudah ini adalah hentam apa saja asalkan ianya mampu memberikan kemenangan kepada parti dan Pakatan Haprak.

Dari segi perumpaannya percayalah paginya nada lain petangnya sedikit berubah dan sudah tentu bila tiba malam ianya seratus peratus berubah daripada apa yang di ungkapkan sejak pagi tadi.

Inilah sebenarnya PAS hari ini sering menuduh pihak lawan sebagai pembohong tetapi dalam masa yang sama merekalah kaki putar belit paling bahaya abad ini.

MMI sebenarnya tertarik dengan kenyataan serta gesaan daripada Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar agar Umno mengelak daripada menggunakan isu-isu agama dan perkauman dalam kempen mereka.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan membangkitkan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah dengan menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Modal kempen itu dilihat bertentangan dengan saranan parti itu sendiri sebelum ini agar BN tidak menggunakan isu-isu agama ketika berkempen.

Soalnya di sini di mana integriti kepimpinan PAS yang pada mulanya di lihat begitu bersungguh-sungguh mahukan supaya proses kempen pada PRK Sungai Limau ini di lihat sebersih-bersihnya tanpa mengheret isu keagamaan sebagai antara bahan untuk di politikkan ?

Hadi jelas sudah melacurkan kenyataan Mahfuz sendiri selaku Pesuruhjaya PAS Kedah dan Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau.

Jika sesama kepimpinan sendiri pun pincang , apakah rakyat di Sungai Limau masih mahu meletakkan kepercayaan kepada perjuangan songsang parti PAS bersama Pakatan Haprak ?

Alo brader , Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan.

Jika keputusan di peringkat mahkamah pun pemimpin PAS masih berdegil dan menolak kononnya atas nama Islam , bagaimana pula dengan kes salah laku dan liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari yang di putuskan oleh mahkamah  untuk membebaskan Anwar Ibrahim ?? 

Di mana suara pemimpin PAS dalam soal ini ? Kenapa berdiam diri malah turut bersorak keriangan apabila Anwar Ibrahim di bebaskan kerana kesilapan teknikal tanpa menafikan perbuatan liwat itu berlaku ?

Pincang brader !! Pincang !! 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels