Followers

Saturday 9 November 2013

Air Asia MOHON MAAF Pada UTUSAN , Tak Cukup BRO .. Nyahkan Azran Dari Air Asia !!


" I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance." 

Rasanya petikan itu akan mengingatkan kita semua bagaimana bermulanya kisah manusia bernama Azran yang kini menikmati kesenangan hasil daripada perjuangan penuh RASIS pejuang-pejuang MERDEKA terdahulu.

Jangan salah anggap maksud RASIS yang MMI sebut di atas , ianya ada kena mengena dengan sejarah yang telah tercatat sewaktu dan bagaimana bermulanya proses kebangkitan orang-orang Melayu di Tanah Melayu pada satu ketika dulu sehingga pihak penjajah memberikan kemerdekaan buat bumi bertuah Malaysia ini.

Namun seperti yang Tun Mahathir pernah sebut satu ketika dulu bahawa "MELAYU MUDAH LUPA" kini benar-benar berlaku bahkan manusia seperti Azran yang rasanya jauh mempunyai akademik melampaui sebahagian daripada kita pun sebenarnya terlupa akademik sahaja tidak akan mampu membuat seseorang itu menjadi terbaik selagi mana sejarah dan asal usul kita di lupakan.

Kita boleh berubah tetapi pastikan perubahan itu mesti selari dengan bermulanya asal usul kita !!

Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun ketika ditanya mengenai tindakan Ketua Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani yang mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis dan menyatakan pendiriannya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan menerusi laman sosial sekitar Mei lalu, Kamarudin menjelaskan, pendirian Azran tidak mewakili pendirian AirAsia.Biasa jawapan SKEMA !!

Katanya, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.

"Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu," ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.

"Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya," ujarnya.

Bagi MMI mudah Air Asia jangan banyak cakap perkara pertama yang perlu di lakukan setelah permohonan maaf di buat adalah MEMECAT Azran kerana manusia seperti ini perlu di ajar.Tidak ada maaf buat Azran dan manusia seperti inilah yang sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri.

Memetik kenyataan Perdana Menteri pada 13 September lalu ketika berucap dalam Majlis Perasmian Bangunan Baharu Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin , Perdana Menteri menggesa semua agensi kerajaan, GLC dan syarikat swasta terutama milik bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan akhbar-akhbar Melayu terutama dalam membantu perjuangan masyarakat Melayu selama ini.

Menurut beliau, dalam dunia kewartawanan, kejayaan sesebuah akhbar juga bergantung kepada sokongan yang bersifat komersial.

Najib menambah, beliau amat sedar bahawa bergantung harap kepada pengedaran akhbar sahaja dan naskhah-naskhah yang dijual tidak memadai dan tidak mungkin dapat menentukan kelangsungan sesebuah akhbar itu.

Jika melihat kepada saranan yang di buat oleh Perdana Menteri jelas ianya berlaku kerana adanya manusia seperti Azran yang di berikan peluang tetapi lupa diri apabila berada di puncak.

Musibat ini perlu di PECAT !! 

Baca juga di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels