Followers

Friday 8 November 2013

Antara Ulama & Liberal , Alahai Bang Mat !!!


Muktamar PAS kembali lagi dan sudah tentu perhitungan kali ini akan membuka mata seluas-luasnya para penyokong parti PAS yang kini sudah berpecah kepada dua.Satunya kumpulan yang sudah tersasar jauh bersama-sama kepimpinan bukan ulama yang lebih kepada liberal dan satu lagi kumpulan yang bersama-sama dengan kepimpinan ulama yang sejak dulu mencorakkan parti PAS.

Namun perlu diingat PAS kini bukan lagi seperti dulu kerana kesan daripada gandingan bersama dalam Pakatan Haprak telah meletakkan parti ini sebagai parti yang jauh terpesong dari perjuangan asal mereka.Malah jika di rujuk kepada asal usul tertubuhnya parti ini pun kerana ketidakpuasan hati pimpinan mereka apabila GAGAL dalam pertandingan bagi merebut jawatan.

Jadi apalah sangat kalau PAS kini di lihat lebih kepada perjuangan liberal yang meletakkan agama Islam sebagai wadah palsu dalam perjuangan mereka.

Masih terngiang-ngiang kenyataan Khalid Samad berkenaan peranan Ulama dalam parti PAS hanya sekadar penasihat selebihnya di tentukan oleh kepimpinan eksekutif daripada Presiden dan seterusnya.Baca Sini  

Untuk kali ini kumpulan Ulama Pas nampaknya cuba mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati bagi memastikan hanya seorang calon dari kumpulan tersebut bertanding untuk jawatan tertinggi parti. Ia bagi mengelakkan perpecahan undi berlaku seperti yang terjadi dalam pemilihan Muktamar parti itu sebelum ini.

Pada pemilihan tersebut, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah Mohamad Sabu berjaya menduduki jawatan Timbalan Presiden parti apabila undi golongan ulama dikatakan berpecah selepas persaingan turut menyaksikan 'pertembungan' dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan ‘pisang berbuah dua kali’, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui laman sosial Facebooknya semalam, memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden sebaliknya hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden sahaja pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 November ini.

“Di dalam perlembagaan PAS, hak pencalonan diberikan sepenuhnya kepada PAS kawasan, manakala yang di calon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.

“Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan, manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.

“Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke-59 kali ini” ujarnya.

Lidah rasmi Pas, Harakah sebelum ini, melaporkan Jawatankuasa Pemilihan parti  itu telah menerima seramai 5 nama untuk pencalonan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden iaitu Mohamad Sabu (penyandang), Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub,Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim.

Namun Salahuddin dilaporkan telah mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut kerana merasakan tidak ada keperluan untuknya bertanding jawatan tersebut buat masa ini.

Husam pula dikatakan masih mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ apabila mengatakan hanya akan membuat keputusanuntuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas, Tuan Ibrahim membuat keputusan.

Sekiranya Husam turut mengambil pendekatan menarik diri, bagi mengelakkan perpecahan undi kumpulan liberal Pas, pemilihan parti itu pada hujung bulan depan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu. Ia sekali gus bakal menyaksikanpertembungan antara kumpulan pro ulama menentang kumpulan liberal yang sinonim dengan gelaran Endorgan atau Anwarista.

Parti itu sebelum ini menetapkan Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam mulai 22 hingga 24 November depan akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.

Keputusan parti itu untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini, berjaya menarik perhatian ramai apabila Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz membuat kenyataan yang meminta agar para perwakilan memilih ulama sebagai Timbalan Presiden parti.

Kenyataan Nik Aziz itu dilihat sebagai isyarat jelas ulama harus kembali menjadi Timbalan Presiden selepas jawatan itu 'terlepas'kepada golongan bukan ulama dalam pemilihan lalu. Malah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dikatakan turut menyokong penuh saranan yang dikemukan oleh Nik Aziz itu.sumber 

Apa pun hanya perwakilan PAS yang mampu menentukan sejauh mana saranan itu mampu di realisasikan dan menurut cakap-cakap di luar sana puak-puak liberal tu dah mula atur strategi dan sudah ada yang turun berjumpa dengan buah tangan sekali.

Berjuang sungguh depa !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels