Followers

Thursday 14 November 2013

Betul Ke PAS Dah Sedia Nak Laksanakan HUDUD Di Kelantan ??


Kerajaan negeri Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud setelah Jawatankuasa Teknikalnya selesai menjalankan kajian mereka.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang telah diperintah oleh Pas selama lebih 20 tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan fungsi jawatankuasa yang dimaksudkan dengan lebih terperinci.

“Kita memang dah siapkan beberapa persiapan asas kearah melaksanakan hukuman Hudud di Kelantan. Kita dah tubuhkan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa ini akan mengkaji pelaksanaan hukum tersebut,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Mohd Amar juga masih berteka-teki bila Kerajaan negeri Kelantan akan melaksanakan hukum Hudud di negeri tersebut.

“Kita tidak menetapkan tarikh akhir bila kita akan laksanakannya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh jawatankuasa ini sebelum Hudud dilaksanakan. Nanti bila dah siap semua, Menteri Besar akan buat satu sidang media,” terang beliau.

Apabila disoal mengenai kesediaan rakyat Kelantan untuk menerima pelaksanaan hukum Hudud, Mohd Amar berkata reaksi yang positif diterima oleh kerajaan negeri dari semua pihak, termasuk rakyat bukan Muslim di negeri itu.

“Setakat ini dianya diterima baik. Kita mendapat reaksi yang positif dari semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim,” beliau berkata.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kesedia rakyat Malaysia secara keseluruhan dengan pelaksanaan Hudud di Kelantan.

“Bagi kesediaan rakyat di luar Kelantan kita tak tahulah, (mereka) bukan dibawah bidang kuasa kita,” katanya lagi.sumber 

Secara jujur MMI bersetuju dengan saranan dan cadangan ini selagi mana ianya mampu mendatangkan kebaikan buat umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sebelum ni pun ada pihak-pihak tertentu khususnya pembangkang yang menuduh kerajaan pusat adalah punca kenapa undang-undang hudud di Kelantan tidak di laksanakan.Sebenarnya banyak tuduhan-tuduhan tersebut jauh menyimpang daripada apa yang sebenarnya berlaku.

Sebenarnya penolakan kerajaan pusat terhadap pelan dari kerajaan Kelantan sebelum ini bersebab.Baca Sini 

Bagi MMI perkara tersebut boleh di selesaikan selagi mana ada keikhlasan di antara kedua-dua pihak dan menepati kehendak seterusnya mampu memberikan kebaikan buat rakyat.

Cumanya ada seperkara yang MMI rasa perlu benar-benar di berikan perhatian oleh PAS di Kelantan khususnya Mohd Amar kerana sahabat mereka dalam Pakatan Haprak sebelum ini lain benar nadanya.


Bukan MMI nak mengungkit tetapi ampa sendiri dah baca artikel kat atas tu kan ? 

"Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya"

So kita tengoklah macam mana !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels