Followers

Wednesday 6 November 2013

Cadangan PUAKA Karpal Di Sambut Penuh HIBA Oleh PAS , LAGI RETORIK TAK BERTUAN !!!


Pertamanya MMI nak ucapkan SYABAS buat seluruh pimpinan parti PAS dan juak-juaknya kerana selama ini hasil dari garapan dan usaha berterusan menyebarkan dakwah kepada puak-puak dalam DAP membuahkan hasil.

Masih terngiang-ngiang di telinga MMI dalam salah satu siri PEMBOHONGAN PAS di pentas-pentas ceramah kononnya usaha mereka kini terarah untuk memastikan supaya pimpinan dan macai-macai DAP dapat memahami Islam seterusnya menerima Islam sebagai salah satu daripada agenda orang-orang Melayu Islam di Malaysia.

Huh masa tu bukan main lagi bertempik soraklah macai-macai PAS dengan TAKBIRnya !!

Senyuman yang muncul di wajah-wajah kusam pencacai PAS sudah cukup untuk membayangkan betapa mereka puas melihat pemimpin DAP sudah boleh turun dan berpijak di mimbar-mimbar masjid.Tak kurang juga yang menadah tangan mengucapkan syukur apabila ada pemimpin DAP melafazkan ayat-ayat Al-Quran di pentas ceramah walaupun sebutannya jauh menyimpang daripada yang sepatutnya.

Tak cukup dengan itu berkobar-kobar semangat macai PAS apabila Guan Eng mahu menjadikan kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai  contoh dalam kepimpinannya di Pulau Pinang.

HEBAT PAS !! Cukup hebat sampaikan apa saja yang di ungkapkan oleh orang-orang UMNO di tolak mentah-mentah kerana tuduhan berterusan bahawa orang-orang UMNO ini KAFIR.

Namun kini lakonan penuh retorik itu kembali menghiasi pentas politik negara apabila Karpal Singh dengan penuh bangga mencadangkan supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama Baca Sini 

Serentak dengan itu maka pimpinan PAS bingkas bangun membantah cadangan tersebut !! Fuh punya hebat PAS sekali lagi melalui pelakon utamanya cepat-cepat menyangah cadangan tersebut.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar),  berkata PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal untuk memahami perjuangan PAS.

"Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau meminta Karpal menilai sendiri keupayaan PAS yang memerintah Kelantan lebih 23 tahun, Terengganu pada 1999 dan Kedah pada 2008 daripada segi perpaduan kaum dan menjaga hak Muslim dan bukan Muslim.

"Apakah ada golongan bukan Islam yang disisihkan,” katanya.

Katanya, Karpal sepatutnya mengemukakan fakta bukan mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

"Kenyataan begini tidak sepatutnya keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata, Karpal sepatutnya lebih bijak sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan baik dalam PR. 

Karpal GAGAL memahami perjuangan PAS ?????


Dah lama dah pun dan dia tak pernah faham pun !!!

Alo brader berlakon apa lagi ?? Apa yang berlaku dan sedang berlaku hanyalah satu lagi sandiwara penuh RETORIK parti PAS untuk menyelamatkan Pakatan Haprak.

Malah tindakan Karpal itu jelas membuktikan PAS selama ini GAGAL !!

Inilah lakonan terbaik lagi retorik tak bertuan yang cuba di hidangkan kepada rakyat..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels