Followers

Friday 22 November 2013

Cekap Akauntibiliti & Telus ??? Hahahahahahaha


Selama hampir 6 tahun sejak rejim DAPigs berkuasa di Pulau Pinang maka selama itulah puak-puak puaka DAPigs melalak ke sana ke mari pukoi canang bahawa pentadbiran merekalah yang paling baik malah TERBAIK daripada semua khususnya dalam menyaingi UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak terhenti setakat itu rejim ini mendapat sokongan yang cukup jitu daripada mereka yang mengaku Melayu dan pejuang Islam sampaikan pimpinan bangsat si ketua menteri di angkat setinggi-tinggi atau paling tidak menyamai pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Semenjak itu bukan sahaja sokongan daripada puak-puak lebai politik bulan mengambang yang ada tetapi di susuli dengan laungan takbir di serata cerok pentas PAS oleh pencacai-pencacai ini.

Bukan itu sahaja pemimpin-pemimpin DAPigs ini di tatang lebih daripada sanak saudara sendiri malah pasukan yang kononnya berdiri atas paling ELITE dalam parti bulan mengambang ini di kerah menjadi pasukan pengawal bagi menjaga keselamatan pemimpin rejim ini sampaikan si tua kutuk yang tak mampu berjalan pun di kawal rapi oleh Unit Anal mereka.

Jangan sesiapa cuba menghina pemimpin-pemimpin ini kerana Nik Ajis PASTI akan memberikan apa saja FATWA yang di rasakan MAMPU untuk di jadikan sebagai medan perisai mengHALALkan segala tindak-tanduk rejim ini sampaikan sekali berDEHEM sahaja sudah MAMPU merubah pendirian pemimpin parti bulan mengambang ini.

Ramai di kalangan akar umbi sebenarnya faham benar dan tahu bahawa yang hebat dan menjadi pengarah adalah mereka-mereka yang punya jawatan tinggi dan kehadiran mereka di mana-mana majlis berbeza dengan penggerak-penggerak parti bulan mengambang.

Tak di lupakan salah satu daripadanya di JANA oleh puak rejim DAPigs dengan begitu baik sekali , diangkat dan di letakkan di paras serta di gajikan walaupun si tuan punya diri langsung tidak punya kepakaran dalam bidang atau paras yang di sediakan oleh rejim DAPigs ini.

Serentak dengan itulah maka akar umbi ini di berikan keyakinan bahawa teruskan sokongan kerana misi kita semakin hampir dan percayalah PUTRAJAYA sudah tidak jauh dari gengaman kita.Yang penting adalah kepimpinan rejim DAPigs di Pulau Pinang perlu di SOKONG demi mencapai matlamat yang sebenarnya jauh menyimpang daripada perjuangan asas parti bulan mengambang ini.

Oleh yang demikian maka sokongan demi sokongan di berikan oleh akar umbi ini walaupun sebahagian besar daripada mereka sudah merasakan tindakan ini sebenarnya jauh tersasar tetapi memilih untuk mendiamkan diri kerana DOKTRIN berterusan yang di SEMAI oleh pucuk pimpinan barangkali melangkaui kekuatan pendirian mereka yang mengaku PEJUANG parti bulan mengambang ini.

Namun pepatah ada mengatakan "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua" dan pepatah ini perlu kita fahami kerana ia membawa maksud yang cukup mendalam.JATUH KE TANAH JUA bukan bermaksud MATI tetapi lebih kepada KEGAGALAN yang akhirnya terdedah kerana kesombongan dan SIKAP si tupai tadi.

Jadi dalam isu ini si tupai adalah rejim DAPigs itu sendiri dan jatuhnya mereka ke tanah membawa maksud pekung si rejim tadi sudah di telanjangkan dan tanah memberikan pengertian bahawa akar umbi parti bulan mengambang yang selama ini menjadi pencacai tegar kepada rejim menjadi penyebabnya.

CEKAP , AKAUNTIBILITI & TELUS !!! Di mana letaknya slogan yang menjadi kegilaan puak-puak puaka DAPigs dan pencacai parti bulan mengambang selama ini sekiranya apa yang berlaku baru-baru ini di jadikan sebagai kayu ukuran ???


Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulama, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam Kerajaan Negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Rasanya cukup sekadar petikan di atas selebihnya boleh di baca dalam kenyataan media tempoh hari.

Jika selama ini rejim DAPigs yang di angkat dan di tatang bagai minyak yang penuh benar-benar mengotakan janjinya untuk melaksanakan pentadbiran Cekap , Akauntibiliti & Telus maka sudah tentu sidang media di Safira Country Club baru-baru ini tidak akan berlaku.

Jangan pula ada pihak lain yang menyatakan slogan tersebut hanya untuk rakyat dan apa yang berlaku itu merupakan masalah dalaman parti kerana mereka yang berada dalam parti juga sebenarnya adalah rakyat.

Malah mereka yang berada dalam parti merupakan rakyat yang paling dekat dengan kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs , bayangkan rakyat yang sedekat itu pun tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya apatah lagi rakyat biasa dan mereka yang berlainan parti ????

Cekap , Akauntibiliti & Telus ???? Hahahahahaha .....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels