Followers

Thursday 7 November 2013

Cerita BLACKLISTED & MUFLIS


Rasanya dah lama cerita "Blacklisted" dan "Muflis" ni kita dengar.Rata-rata masyarakat kat luar sana sudah tentu faham benar dengan dua perkataan ini khususnya bagi mereka yang membuat pinjaman mahupun menjadi penjamin.

Ada pihak sekarang ini menyebut bahawa ada perkabaran baik buat mereka-mereka di luar sana yang terlibat dalam 2 kumpulan tersebut bilamana satu akta baru sedang di gubal bagi menangani masalah yang rasanya membelenggu ramai di kalangan kita.Baca Sini 

Namun apakah akta baru itu nanti akan memberikan secukupnya ruang kepada mereka-mereka yang terlibat untuk keluar dari belenggu tersebut ? Jika ada pun kumpulan yang bagaimanakah ?

MMI yakin dan percaya hampir semua rakyat Malaysia terlibat atau terikat dengan pinjaman.Bilamana di sebut sebagai pinjaman maka sudah pasti mereka terikat dengan satu perjanjian untuk urusan pembayaran semula.

Apakah kita yakin mereka-mereka yang membuat pinjaman sebelum ini MAMPU untuk terus kekal dengan pembayaran yang berskala yang telah di meterai dengn syarikat kewangan ?

Melalui pemerhatian MMI hampir sebahagiannya akan mengalami masalah di kemudian hari kerana tuntutan kehidupan rakyat Malaysia yang kini semakin tinggi.Bukan MMI mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi kita perlu melihatnya dalam skop yang lebih jauh supaya apa pun yang akan di gubal nanti mampu memberikan sesuatu yang bermanafaat kepada rakyat Malaysia.

Percaya atau tidak rata-rata rakyat Malaysia merupakan pemiutang atau peminjam mengikut kategori masing-masing.

Sedarkah kita bahawa deretan kenderaan di jalanraya sehingga menyebabkan kesesakan berjam-jam lamanya merupakan kenderaan yang MMI labelkan sebagai SEWA.

SEWA di sini membawa maksud kenderaan-kenderaan terbabit masih belum menjadi milik penuh pemiliknya kerana pembayaran bulanan masih berjalan malah sekiranya berlaku sebarang kejadian mahupun perkara yang memungkinkan pemiliknya terputus sumber kewangan maka sudah tentu trak-trak tunda mahupun agen daripada syarikat kewangan akan tiba untuk melakukan proses TARIK.

Begitu juga dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman peribadi , perumahan dan lain-lainnya sudah pasti akan berlaku seperti mana yang MMI catatkan di atas sana sekiranya si peminjam terputus sumber kewangan.

Jadi di sinilah terjadinya mereka-mereka yang akan di labelkan sebagai "BLACKLISTED" dan "MUFLIS".

Persoalan pertaman yang MMI mahu berkongsi dengan semua apakah masih ada jalan untuk mereka-mereka yang terlibat untuk keluar dari kumpulan tersebut sekiranya label itu kekal pada nama mereka ? Sudah pasti bukan sahaja sukar tetapi jauh lebih parah apabila mereka langsung tidak dapat untuk menjana kewangan lain kerana masalah label tersebut.

Ya ada setengah dari kita yang mengatakan kenapa tidak beringat sebelum membuat pinjaman !! MMI tak nafikan tapi sejauh mana kita mampu mengekalkan komitmen kita apabila secara tiba-tiba peminjam yang sebelum ini mampu membayar pinjaman hilang sumber kewangan sama ada hilang pekerjaan , sakit , mati dan sebagainya ?

Bagi MMI selain daripada pengubalan akta baru yang kini sedang di lakukan , ada satu kaedah terbaik yang mampu memberikan sinar baru buat jutaan rakyat Malaysia untuk keluar dari belenggu kewangan ini.

Untuk makluman semua setiap daripada rakyat Malaysia sudah pasti akan mencarum KWSP sekiranya mereka di terima bekerja oleh mana-mana syarikat.Dan sudah pasti bagi mereka yang pernah bekerja melebihi 10 tahun caruman KWSP sudah pasti akan turut meningkat.

Bukankah caruman KWSP itu adalah wang ringgit milik pencarum ?

Jika akta mengenai kebangkarapan mampu di gubal , rasanya apalah syarat untuk membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP mereka juga di gubal.

Saranan MMI gubal semula syarat pengeluaran KWSP supaya mereka yang kini terbeban dengan hutang boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka untuk tujuan pembayaran supaya nama mereka mampu di bersihkan dan di nyahkan daripada label "BLACKLISTED" dan "MUFLIS".

Tetapkan syarat kepada semua pencarum iaitu permohonan hanya boleh di buat sekali sahaja dan tujuannya mesti jelas hanya untuk membuat pembayaran kepada syarikat kewangan bagi menyelesaikan masalah hutang yang membelenggu peminjam.

Dan masalah hutang itu mestilah yang sudah sampai ke tahap maksima yang menyebabkan pemiutang akan di kenakan tindakan.

Bayangkan sekiranya ini dapat di lakukan , kerajaan bukan sahaja sudah membantu rakyat untuk menyelesaikan sendiri permasalahan hutang mereka tetapi juga mampu menjimatkan wang kerajaan kerana yang di gunakan itu adalah wang milik pencarum sendiri.

Apa pun ini adalah pandangan MMI , kalau ada pihak tertentu yang merasakan ianya boleh di lakukan maka lakukanlah.Percayalah jika ini di lakukan rakyat Malaysia akan lebih ramai yang bebas dari belenggu hutang seterusnya akan lebih ramai yang akan berterima kasih kepada kerajaan.

Psst duit KWSP tu duit pencarum , rasanya tak salah pun !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels