Followers

Friday 15 November 2013

Cerita Sebenar Kekecohan Di Parlimen Tanggal 14 November 2013 WAJIB BACA


Kekecohan yang berlaku semalam semasa Sidang Dewan Rakyat yang di ibaratkan sebagai sejarah hitam pembangkang sudah cukup untuk menelanjangkan sikap ahli-ahli parlimen pembangkang yang sering saja bersembunyi di sebalik dalih dan putar belit mereka.

Sudah pasti sekali pandang banyak pihak akan melihat ianya merupakan pentas para pemimpin negara yang di pilih rakyat bertindak seolah-olah badut mahupun ungka-ungka di hutan.

Tetapi di sebalik apa yang berlaku semalam jelas ianya di mulakan dengan beberapa insiden awal yang penuh dengan pembohongan serta cubaan mencetuskan isu perkauman sebenarnya yang berkahir dengan satu penghinaan terhadap Speaker Dewan Rakyat.

Ianya bermula dengan isu Ahli Parlimen Padang Serai , N. Surendran dalam kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias dalam usaha beliau untuk membawa  isu kuil yang dirobohkan di jalan P Ramlee.Dalam kenyataan tersebut Surendran turut menggelar parlimen kini macam parlimen Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe).



Sebelum itu MMI mahu mengajak semua untuk sama-sama faham dengan apa yang di maksudkan oleh Surendran sebagai perobohon kuil .Tuduhan tersebut sebenarnya jauh tersasar daripada apa yang berlaku sebenarnya.

Perobohan yang di maksudkan oleh Surendran itu sebenarnya adalah tindakan daripada pihak DBKL apabila mendapat perintah mahkamah untuk merobohkan premis haram yang di didirikan di sekitar tokong dan rumah ibadat penganut hindu di kawasan terbabit.

Tidak ada mana-mana tokong yang di robohkan malah tindakan itu di ambil setelah beberapa laporan yang di terima jelas membuktikan terdapatnya kegiatan yang langsung sama sekali tidak bersangkut-paut dengan tujuan sebenar rumah ibadat didirikan.

Malah dalam soal ini bukan Surendran sahaja yang cuba menjadi hero tetapi juga pemimpin-pemimpin India dalam Barisan Nasional sendiri dan ianya telah pun di jelaskan sebelum ini dalam artikel MMI sebelumnya.Baca SINI & SINI 

Oleh kerana tindakan Surendran Ahli Parlimen Padang Serai ini yang telah menghina dewan maka satu usul telah di buat oleh kerajaan untuk menggantung beliau selama 6 bulan.

Di sinilah kekecohan mula berlaku apabila usul penggantungan yang mahu di bawa oleh kerajaan telah di ganggu oleh pihak pembangkang dengan pelbagai perkara dan persoalan yang sebenarnya hanyalah helah untuk melambat-lambatkan sidang dewan.

Malah dalam beberapa keadaan jelas dapat di lihat wakil pembangkang langsung tidak menghormati speaker yang sedang menjalankan tugasnya.

Insiden yang bakal tercatat sebagai sejarah hitam dalam persidangan Dewan Rakyat mengenai tindak tanduk pembangkang yang ada antaranya peguam tetapi seperti orang tidak tahu undang-undang dalam isu penggantungan terhadap Naib Presiden PKR itu boleh dinilai sendiri dengan menonton video penuh kejadian itu di bawah.



Hampir satu setengah jam masa persidangan Dewan Rakyat pada Khamis 14 November (14/11) dibazirkan dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang membantah usul kerajaan mahu menggantung ahli parlimen PKR Padang Serai N.Surendran kerana menghina Speaker.

Suasana Dewan Rakyat tidak ubah seperti ‘pasar borong’ atau ‘sarkas’ dengan ahli parlimen pembangkang berterusan bangun, menjerit termasuk mengoyak kertas usul semata-mata marah dan tidak berpuas hati dengan usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Nancy Shukri.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen PKR Gombak Azmin Ali yang mempertikai usul tersebut kononnya tidak mematuhi peraturan kerana tidak menyebut peraturan mesyuarat usul itu serta tempohnya kurang sehari.

Beberapa ahli parlimen pembangkang lain termasuk dari PAS Shah Alam, Khalid Samad, PAS Sepang, Hanipa Maidin, PKR Kapar G. Manivanan serta DAP Ipoh Barat M.Kulasegaran sengaja mengguna peraturan Dewan untuk menganggu persidangan.

Melihat barisan ahli parlimen pembangkang yang bangun berhujah dan mencelah, jelas mereka sudah merancang untuk menolak dan membatah usul menggantung Surendran daripada menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan.

Ini kerana jumlah kedatangan ahli parlimen pembangkang yang melebihi hari biasa malah Gobind dan Kit Siang yang tidak kelihatan beberapa hari lalu, turut hadir.

Arahan Ronald supaya ahli-ahli Yang Berhormat termasuk kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) supaya duduk, diam dan mematuhi peraturan tidak dihirau.

Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang turut bangun menentang tindakan pembangkang antaranya Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Lenggong – Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Pengerusi BNBBC yang juga ahli Parlimen Johor Bharu Tan Sri Shahrir Samad turut bangun mencelah mempertahankan pembentangan usul itu kerana Surendran bukan sahaja menghina Speakar, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetapi Parlimen dan ahli-ahlinya.

Katanya, isu itu memang ada kepentingan awam dan perlu disegerakan tambahan pula Padang Serai membuat kenyataan parlimen kini macam parlimen Robert Mugabe (Presiden Zimbabwe).

“Saya tak terasa ke,..ini tuduhan bukan sahaja hina speaker tetapi Parlimen,” katanya yang kemudian mahu usul itu diluluskan jika pembangkang tidak berminat membahaskannya.

Noh turut mencadangkan perkara sama selepas Nancy meneruskan membaca usul kira-kira jam 12.10 tengahari dalam suasana Dewan yang hinggar binggar jeritan ahli parlimen yang meneruskan bantahan.

Sebilangan besar ahli parlimen pembangkang dilihat mengoyak kertas usul manakala Azmin menjerit mengatakan ‘usul haram…usul haram’ berkali-kali.

Ronald kemudian menetapkan undian belah bahagi untuk menentukan usul itu dipersetujui atau sebaliknya oleh semua ahli-ahli parlimen.

Keputusan undian jam 12.40 itu berkesudahan dengan 92 undi daripada blok Barisan Nasional manakala ahli-ahli parlimen pembangkang tidak mengundi.

Dewan terus kecoh kerana pembangkang tidak berpuashati dengan keputusan timbalan Speaker itu namun Ronald meneruskan persidangan Dewan Rakyat bagi meneruskan mesyuarat peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 yang bermula hari ini.sumber 



Setelah kekecohan yang di cetuskan oleh pembangkang dalam sesi sebelah pagi , perkara yang sama berlaku pada sesi sebelah petang Sidang Dewan Rakyat.Jika di sebelah pagi pembangkang mengoyak kertas usul yang diedarkan maka kejadian serupa turut berlaku pada sesi sebelah petang apabila giliran ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional pula yang mengoyak kertas usul daripada pembangkang.

Namun perlu diingat ianya berlaku kerana Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul yang di bawa oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.Baca Selanjutnya

Dari satu segi MMI sendiri agak bimbang melihat gelagat ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat daripada kedua-dua belah pihak.Tindakan yang sebenarnya memalukan negara malah sejak semalam juga rakaman yang menunjukkan gelagat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sudah pun di hebahkan khususnya melalui media maya.

MMI yakin ianya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan kepada rakyat serta mereka di luar sana inilah sikap wakil Barisan Nasional yang tidak beretika.

Namun perlu di ingat apakah dan siapakah yang sebenarnya memulakan insiden sedemikian rupa ????

Jangan lupa antara ungkapan HARAM dan lain-lainnya sebenarnya bermula sejak sesi pagi dan ianya di mulakan oleh para wakil pembangkang yang sebenarnya jauh bersikap kurang ajar dan langsung tidak menghormati speaker dan dewan yang mulia.

Seperkara lagi jangan sesekali lupa bahawa ianya di cetuskan oleh seorang Ahli Parlimen bernama Surendran yang telah menipu serta berbohong dalam isu perobohan kuil di jalan P.Ramlee.

Untuk itu MMI rasa ampa semua dapat faham dan melihat dengan jelas siapa sebenarnya yang suka berdalih , mencari alasan dan kurang ajar !!

Memang layak Surendran di gantung 6 bulan !

MMI

1 comment:

  1. Kenapa isu roboh kuil haram sampai kecoh satu Malaysia manakala isu roboh kedai/gerai haram pula tidak?? apa kesinambungan ahli-ahli Parlimen Pencaci Rakyat dalam menegakkan yg haram dan memutuskan yg dah tegang???

    ReplyDelete

Labels