Followers

Saturday 16 November 2013

HUDUD Tak Akan Di Laksanakan PAS & Mat Sabu MENANG Timbalan Presiden ??


Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan bersedia sepenuhnya melaksana hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Sejak dari itu sudah banyak pihak membuat kenyataan khususnya sorang dua kepimpinan PAS yang nampaknya sudah tak sabar-sabar lagi untuk melaksanakan undang-undang tersebut.Bagi MMI perkara yang baik kenapa perlu di halang TERUSKAN !! Jika sudah bersedia maka laksanakan...

Dalam masa yang sama muncul dalam kepala otak MMI ni persoalan-persoalan tentang beberapa perkara dan ianya sudah pun di tulis berkenaan sejauh mana penerimaan para sahabat sesyurga PAS dalam Pakatan Haprak Baca Sini 

Cumanya dari pengamatan MMI setakat entri ini di tulis belum ada sebarang kata putus lagi tentang sejauh mana kerajaan negeri Kelantan dan parti PAS khususnya benar-benar bersedia untuk melaksanakannya.

Apa pun MMI menanti dengan penuh minat untuk melihat apakah ianya akan menjadi sejarah buat orang-orang Islam di Malaysia dengan terlaksananya undang-undang hudud.

Dalam tempoh waktu itu MMI di kejutkan dengan kenyataan salah seorang ahli PAS yang bukan beragama Islam iaitu Hu Pang Chaw.

Walaupun Hu mempunyai hubungan kuat dengan parti itu, Hu masih tidak mempercayai keberkesanan perlaksanaan mana-mana undang-undang jenayah termasuk hudud yang menjadi agenda utama perjuangan PAS.

"Saya tidak percaya hukuman yang boleh menghentikan kegiatan jenayah. Perkara utama untuk menangani jenayah adalah untuk mengenal pasti mengapa orang terlibat dengan jenayah," katanya.

Beliau berkata, undang-undang sivil sedia ada dan cadangan undang-undang jenayah syariah lebih ke arah menghukum tanpa mengenal pasti punca di sebalik kegiatan jenayah itu dilakukan.

"Pada pendapat saya, perkara paling penting adalah untuk mendidik, memberi penjelasan dan mencegah. Tetapi sistem sedia ada bertujuan untuk menghukum anda," katanya.

Pada pemilihan Pas yang dijadualkan pada 22 November ini, Hu berkata, orang bukan Islam akan menolak parti itu sekiranya ia dikuasai oleh kumpulan ulama.

"Pada pandangan orang bukan Islam, kami ingin melihat kombinasi antara golongan ulama dan profesional dalam senarai baharu pucuk pimpinan parti itu.

"Jika presiden sudah terdiri daripada kumpulan ulama, kami ingin melihat golongan bukan ulama memegang jawatan Timbalan Presiden," katanya.sumber  

Dari pengamatan MMI kesan daripada keterlibatan PAS bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Haprak selama ini telah menyebabkan dasar PAS menyongsang daripada landasan awalnya.Para pimpinannya pula di lihat terbahagi dua diantara pro ulama dan pro liberal atau kumpulan Anwarinas @ Erdogan.

Malah Majlis Syura yang menghimpunkan para ulama dalam parti juga sebenarnya tidak berfungsi sepenuhnya kerana menjadi dasar parti PAS kini yang meletakkan peranan ulama hanyalah sebagai penasihat dan keputusan hanya akan di tentukan oleh kepimpinan eksekutif terdiri daripada Presiden , Timbalan Presiden dan seterusnya.

Bayangkan dengan kedudukan Hadi Awang sebagai Presiden dan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden jelas parti PAS akan mengalami masalah dalaman yang antara sebabnya kerana desakan daripada DAP dan PKR sendiri.

Kenyataan daripada Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw juga sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh di buat main-main kerana PAS perlu melihat semua ini kerana mereka sudah terikat dengan pihak-pihak yang GAGAL di fahamkan oleh PAS tentang Islam sebelum ini.

Lihat juga bagaimana Hu Pang Chaw sudah pun menyatakan dengan jelas bahawa mereka mahukan seorang kepimpinan tertinggi parti yang bukan dari kalangan ulama , Hadi sebagai presiden maka sudah tentu Mat Sabu adalah calon pilihan mereka-mereka yang bukan Islam yang kini bersama dalam Pakatan Haprak.

Persoalannya apakah ampa semua yakin PAS benar-benar BERANI untuk menyatakan bahawa mereka mahu lakukan perubahan kali ini dengan meletakkan kepimpinan tertinggi parti dari kalangan ulama ? Dan adakah ampa semua benar-benar percaya PAS sama sekali tidak akan melayan sebarang teguran daripada pemimpin DAP dan PKR berkenaan cadangan pelaksanaan undang-undang HUDUD ??

Perlu diingat MMI bukan menentang cadangan ini malah mahu melihat ianya di laksanakan !!

HUDUD tidak akan di laksanakan oleh PAS di Kelantan ! Kepada pimpinan PAS dan juak-juak macainya jangan sakit hati dengan kenyataan MMI anggaplah ianya sebagai satu CABARAN dari seorang blogger kepada parti PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Mat Sabu Menang Timbalan Presiden ! Bukan bererti MMI menyokong Mat Sabu tetapi anggaplah juga ianya sebagai satu CABARAN untuk PAS dalam usaha mahu mengembalikan kepimpinan ulama dalam parti.

Percayalah kalau kedua-dua CABARAN itu tidak di sahut dan keputusannya nanti HUDUD benar-benar tidak di laksanakan dan Mat Sabu benar-benar menang jawatan Timbalan Presiden maka pesanan MMI kepada kepimpinan PAS dan semua juak-juaknya BERHENTILAH dari membuat sebarang kenyataan dan cadangan kerana jelas kamu tidak BERMARUAH !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels