Followers

Tuesday 19 November 2013

Insiden Di Villa Nabila SELESAI !!


Gambar di atas MMI petik daripada blog Mazidul dan sudah tentu ianya berkaitan dengan isu yang telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia berkaitan misteri kehilangan remaja di Villa Nabila.Sejak hari pertama berita ini di sebarkan bermacam-macam spekulasi di sebarkan sehingga melibatkan laporan  di media-media sosial tentang jumlah kehilangan remaja yang begitu ramai.

Seperti biasa mana-mana pihak sudah pasti akan tertarik dengan berita sebegini kerana ia melibatkan unsur mistik dan bermula dari saat itulah Villa Nabila menjadi terkenal.Malah kalau diikutkan daripada kunjungan orang ramai yang berkumpul di villa tersebut rasanya hantu pun boleh berpindah !

Namun MMI mengambil keputusan untuk tidak menulis tentang kejadian ini tetapi mengikuti laporan demi laporan yang di buat.

Setelah beberapa hari insiden ini menghiasi tajuk-tajuk utama dalam media , Malaysia di gemparkan dengan penemuan remaja yang di laporkan hilang tersebut.Penemuan itu menceritakan segala-galanya dan remaja yang kononnya di sembunyikan oleh makhluk halus itu rupa-rupanya bersenang lenang di salah satu rumah milik temannya.


Remaja terbabit di laporkan berada di Flat Desa Mutiara ( Johor Bharu ) di rumah teman lelakinya.

Namun seperkara yang harus kita sedar kumpulan remaja terbabit telah bertandang ke Villa Nabila setelah mereka selesai menonton filem Highland Tower.Mungkin kerana kesan daripada filem tersebut membuatkan kumpulan remaja ini mahu merasai sendiri pengalaman sebenar dan kerana itulah Villa Nabila menjadi pilihan.

Kisah selanjutnya boleh di baca di blog mazidulakmal 

Apa yang MMI kesalkan adalah tindakan remaja ini telah menyusahkan banyak pihak dan dalam keadaan sedemikian boleh pula si remaja ini berkurung di rumah kenalannya.

Kita bernasib baik apabila tidak ada kejadian yang tidak di ingini berlaku sewaktu kunjungan kumpulan remaja terbabit ke Villa Nabila.Jangan main-main segalanya mungkin berlaku dan bayangkan sekiranya di waktu kehadiran remaja terbabit bertembung dengan mereka-mereka yang mungkin dari kalangan penagih dadah , penjenayah atau perogol dan sebagainya mungkin ianya akan menjadi satu lagi sejarah hitam buat negara.

Kita bersyukur insiden ini sudah hampir selesai cumanya MMI nak ingatkan kepada pihak berwajib rasanya sudah tiba masanya untuk kita sama-sama melihat kepada punca kejadian ini berlaku.

Salah satunya adalah kerana filem versi seram atau berunsur mistik yang banyak membanjiri pawagam-pawagam di Malaysia.Insiden di Johor Bharu membuktikan bahawa filem-filem sebegini sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

MMI bukan mahu mendesak pihak berwajib untuk mengharamkan filem-filem sebegini tetapi biarlah filem-filem yang berunsur mistik selepas ini di saring dengan sebaik-baiknya supaya ianya menjadi sekadar hiburan bukan pencetus.

Apa pun kita tak nafikan sikap remaja terbabit adalah punca utama insiden ini berlaku !!

Psst banyak orang buang masa sebab ampa ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels