Followers

Sunday 10 November 2013

Ketua Bahagian JAIP Di TEMBAK Depan Rumah !!!


Ketua bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Raflie Ab Malik dikatakan mati setelah terkena 3 das tembakan pada jam 2 petang tadi di rumah beliau.

Menurut sumber di beritakan 3 orang lelaki berpakian hitam serta berkopiah (salah seorangnya berjubah) menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih  telah menembak mati Raflie di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2.


Allahyarham Raflie Abdul Malik dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya tiga kes besar melibatkan kes TUHAN HARUN, SYIAH, dan OPERASI KELAB MALAM. Beberapa minggu lalu, Allahyarham mengetuai pasukan penguatkuasa agama menggempur sarang Syiah di Keratong dan dilaporkan berjaya. Tidak sahaja sarang Syiah dimusnahkan, bahan-bahan bercetak untuk disebarkan, turut dimusnahkan.

Walaupun banyak pihak yang boleh disyaki, namun 'cap jari' Syiah dalam kes ini amat jelas. Penggempuran yang dilakukan oleh Raflie telah menyebabkan Syiah sukar bergerak dan bernafas di Pahang. Pada masa yang sama, Raflie turut memberikan masalah kepada ketua-ketua kongsi gelap Cina yang menguasai industri hiburan di seluruh Pahang menerusi operasi-operasi yang dijalankannya bersama-sama dengan PDRM.

Pada 12 Mei lalu, Allahyarham Raflie telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan anak-anak serta isteri ketiganya serta 12 orang pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.

Harun dalam menyebar ajaran tersebut mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013 di sebuah premis di Lorong Pandan Damai, dekat sini antara Februari lalu hingga 4 April lalu.


Inilah cabaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada penjawat awam sekiranya mereka menjalankan tugas dengan betul. Pembunuhan pegawai-pegawai kerajaan kebelakangan ini semakin menjadi-jadi terutama selepas beberapa operasi besar, termasuklah menggempur sarang maksiat dan pusat pemerdagangan manusia yang kebanyakannya dimiliki oleh taukeh-taukeh Cina selain penyeludupan dan tipu cukai.sumber 

Al-Fatihah buat arwah Farlie ...

MMI percaya dalam usaha untuk membendung gejala dan permasalahan seperti ini sememangnya memerlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan itu telah di tentukan oleh Allah SWT.

Namun kepada pihak berkuasa TERUSKAN gerak kerja seumpama ini kerana selagi kita berlembut dan takut dengan ugutan keras ini selagi itulah gejala songsang ini akan berterusan seterusnya merosakkan banyak pihak yang tidak berdosa.

Cumanya MMI sarankan kepada pihak berkuasa berikan perlindungan yang sewajarnya kepada mereka-mereka yang berkepentingan dalam menggerakkan usaha-usaha sebegini.

Untuk makluman pihak Polis telah melakukan Ops TUTUP bagi menyelesaikan kes ini.

MMI

1 comment:

Labels