Followers

Monday 25 November 2013

Muktamar PAS 2013 Hadi Berubah NADA !!!


PAS melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kalau dia (UMNO) kata nak laksanakan Islam dengan bersungguh-sungguh, mari kita muzakarah.

"PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siarkanlah perkara ini.

"InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam, Ahad.

Sebelum itu, beliau membangkitkan pelbagai tindakan UMNO berkaitan isu-isu perjuangan Islam termasuk isu penggunaan kalimah Allah.

Jelas Abdul Hadi, kesediaan PAS bermuzakarah itu dizahirkan dari kepakaran dan pemimpin mereka yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.

"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.

Abdul Hadi dalam pada itu mendakwa UMNO, bagi mendapatkan kuasa memerintah, sanggup menumpukan strategi bagi mendapatkan dan menguasai undi Melayu semata-mata dan bukannya cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Menurutnya UMNO mengambil pendekatan menabur semangat kebangsaan bercampur aduk dengan asabiyah (kekitaan) kebangsaan bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Menurutnya, pendekatan PAS berbeza yang mana lebih memberi kefahaman Islam mengikut Al-Quran, ijmak (kesepakatan ulama) dan qias sekaligus pendekatan ini boleh difahami orang Melayu.Bernama


Rasanya Hadi saja kot yang tak tahu menahu bahawa selama ini di banyak kawasan orang-orang PAS dah ramai yang bersama orang-orang UMNO.Duduk bersama melakukan kerja-kerja sukarela khususnya yang melibatkan kemasyarakatan.

Namun keakraban itu tidak mampu pergi jauh kerana sikap ego dan besar kepala pemimpin PAS selama ini yang secara terang-terangan menolak sebarang usaha yang menjurus kepada perpaduan sesama parti.

Amat malang sekali kenyataan Hadi itu di lihat tidak lebih dari mempamerkan sikap sombong lagi bongkak pimpinan PAS seolah-olah mereka selama ini MAKSUM dan langsung tidak pernah terlibat dalam hal ehwal yang merosakkan bukan sahaja reputasi parti sendiri tetapi juga orang Islam di Malaysia.

Jangan lupa bagaimana sokongan PAS terhadap peliwat negara yang berterusan walaupun mereka tahu hakikatnya isu ini di mulakan sendiri oleh pemimpin DAP yang kini menjadi pembela Anwar.

Bagaimana isu kalimah Allah yang di lacurkan oleh PAS hingga menjadikan isu-isu remeh sebagai rujukan.

Kenyataan Nik Ajiz yang langsung tidak pernah di tegur oleh mana-mana pemimpin PAS khususnya berkenaan fatwa songsangnya yang merujuk kepada hubungan dengan DAP , menjadi penyelamat kepada pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Haprak yang rosak akhlaknya , menolak sebarang usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS , kenyataan yang meragukan seperti sanggup bersahabat dengan syaitan daripada bersama UMNO untuk menang pilihanraya dan banyak lagi yang menjadikan PAS sebagai parti ajaran sesat.

Malah Hadi sendiri sehingga artikel ini di tulis masih kekal dengan kenyataan mahupun amanatnya mengkafirkan orang-orang UMNO.

Persoalan MMI sejauh mana keikhlasan Hadi dan puak-puak munafiknya untuk bermuzakarah bersama UMNO bagi kebaikan Islam di Malaysia ??


Apa yang MMI lihat ianya tidak lebih daripada RETORIK semata-mata dan ianya juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menutup isu yang sedang panas ketika ini iaitu penolakan pelaksanaan undang-undang hudud oleh pimpinan DAP.

Percayalah penolakan ini sebenarnya telah mengecutkan telor-telor pemimpin PAS dan MARUAH mereka kini di cabar oleh puak-puak DAP yang selama ini di ajar oleh PAS untuk memahami Islam.Barangkali tempoh masa hampir 5 tahun tak cukup agaknya.

Bukan tidak menyokong usaha muzakarah ini tetapi dengan rekod yang ada pada parti PAS , MMI sama sekali tidak yakin khususnya keihlasan di kalangan pemimpin PAS kerana sikap BONGKAK , SOMBONG dan BERLAGAK PANDAI sudah sebati dengan mereka.

Apa pun yang akan berlaku hati-hati , khuatir UMNO akan menjadi mangsa kepada kerakusan puak-puak munafik ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels