Followers

Saturday 23 November 2013

Muktamar PAS ~ Apa Hal Bro ??


Kalau bab bercakap berdegar-degar sampaikan banyak yang meluat dengan tingkah laku sebahagian daripada kepimpinan parti yang mengaku pejuang Islam ni.

Sorry to say la bro .. Cara dan tindakan ampa bikin MMI panazzzz sebabnya mulut longkang yang tak boleh di tutup tu asyik nak menuduh dan bangga diri kononnya ampa lah yang terbaik.

MMI sendiri pun ada ketikanya terfikir , apa Harun Din buat kat dalam PAS tu ?? Dia ni orang agama tapi kenapa boleh duduk diam dalam tu biarkan puak-puak anwarinas dan liberal berleluasa menghasut puak-puak PAS yang sudah pun di CACAIkan selama ni untuk kepentingan Pakatan Haprak.

Mereka sedap mendapat , ampa puak-puak pencacai di akar umbi jadi HAMBA ABDI dalam Pakatan Haprak.

Kerana mulut badan binasa , muktamar kali ini benar-benar memperlihatkan wajah sebenar PAS malah isu penolakan ulama dalam kepimpinan tertinggi parti yang di buat oleh dewan pemudanya seolah-olah nanah yang hanya menanti masa untuk meletup.

Kesakitan itu tidak berakhir di situ , berita mengejutkan tersebar dengan pantas berkenaan pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terpaksa DIBATALKAN kerana berlakunya kesilapan pada kertas undi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi (hari ini). "Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar... kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadual-kan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula 4 petang Jumaat. 61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.

Hanya di kesan setelah 45 minit proses pemilihan berlaku ?? Alo gang ampa rasa sebelum ni depa buat apa ?? Main MAHJONG kot ??

Tuhan bayar cash bro !!!

MMI

1 comment:

  1. Aku syak ini permainan UMNO nih ! Kah! kah ! kah ! Mudah jer kan. Segalanya UMNO.

    ReplyDelete

Labels