Followers

Sunday 10 November 2013

Pembunuh Insiden AMBANK DI TANGKAP .. SYABAS @PDRMsia !!

Gambar Hiasan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter beliau pada jam7:55 AM, hari ini 10 November 2013 telah memaklumkan bahawa perompak (pegawai keselamatan) yang membunuh seorang pegawai Ambank TELAH BERJAYA DITANGKAP Polis pada pagi ini di Johor Bahru.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM.

Tan Sri Abu Bakar menyatakan "Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia".


Tahniah kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini. 

Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika.

SYABAS !!

MMI

1 comment:

  1. Humbankan dia ke Dalam sarang buaya di zoo negara Dan Siarkan secara Langsung Melalui TV supaya seluruh rakyat Malaysia Dapat Kelegaan di Atas kekejaman yg telah dilakukannya.

    ReplyDelete

Labels