Followers

Sunday 3 November 2013

Penyokong Pembangkang Di Nasihatkan Jangan Kurang Ajar @ZahidaZarik


Sepanjang proses kempen PRK Sungai Limau , kehadiran Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Zahida Zarik Khan yang berkampung di sini dan bergerak bersama-sama jentera Puteri membantu kempen Barisan Nasional memberikan gambaran bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk menawan DUN Sungai Limau daripada pembangkang.

Kesungguhan yang di tunjukkan oleh beliau bersama-sama dengan jentera Pemuda yang di ketuai oleh YB Khairy Jamaludin serta Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun menjadi antara nadi kepada pergerakan jentera di peringkat akar umbi selain daripada gerak kerja jentera Wanita UMNO yang tidak perlu di pertikaikan lagi keupayaan mereka.

Selain daripada bergerak membantu jentera Barisan Nasional , Zahida turut mengingatkan jentera Puteri supaya berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihanraya di sini. Beliau juga menasihatkan para jentera Puteri bergerak secara kumpulan untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Zahida berkata demikian ketika ditemuramah oleh pemberita selepas merasmikan acara sukaneka bersama penduduk di Sungai Dedap anjuran Pegerakan Puteri UMNO Malaysia.

Menurutnya, tindakan provokasi oleh pihak pembangkang menggangu jentera Puteri ketika berkempen adalah tindakan kurang bijak.

“Provokasi dan gangguan oleh penyokong pembangkang tidak dapat melunturkan semangat dan moral kami. Kami akan sentiasa bertemu dengan rakyat bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau”, katanya.

Ini adalah kali pertama jentera Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turun padang membantu kempen BN selepas pemilihan UMNO yang lalu. Puteri akan melaksanakan beberapa program bagi memfokuskan 5,600 pengundi muda di Sungai Limau.sumber 

Saranan Zarida di lihat amat bertepatan sekali khususnya dalam suasana kempen yang semakin panas ketika ini pelbagai perkara yang tidak di jangka boleh berlaku.

Kepada semua teruskan gerak kerja !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels