Followers

Monday 4 November 2013

#PRKSungaiLimau PAS Menang Dalam DUKA !!


Keputusan PRK DUN Sungai Limau sudah pun di umumkan.Seluruh rakyat khususnya penggiat politik kini akur dengan keputusan dan ianya merupakan pilihan rakyat serta pengundi di Sungai Limau.Kepada pengundi Barisan Nasional jutaan terima kasih MMI ucapkan kerana anda sudah pun membuat keputusan terbaik dengan mengundi Barisan Nasional.

PAS menang dalam PRK di Sungai Limau apabila mendapat undi sebanyak 12105 mengatasi calon Barisan Nasional 10998 dengan majoriti 1084 manakala undi rosak pula 123.

Berdasarkan jumlah PDM , Barisan Nasional berjaya menguasai 10 daripada 19 PDM di DUN Sungai Limau

Sebagai rakyat yang mendokong proses demokrasi kita menghormati proses dan sudah semestinya proses pengundian itu akan menobatkan mereka yang mendapat undi tertinggi akan di istiharkan sebagai pemenang.

Cumanya kemenangan PAS di Sungai Limau tidaklah boleh dianggap sebagai satu KEJAYAAN kerana jumlah undi majoriti jelas merosot daripada keputusan pada PRU13 yang lalu.

Dalam masa yang sama Barisan Nasional berjaya meyakinkan rakyat di Sungai Limau dan ianya di terjemahkan dengan 10 PDM memberikan sokongan kepada Barisan Nasional berbanding semasa PRU13 yang lalu hanya 6 PDM.

Ini bererti sudah ada penerimaan kepada UMNO dan Barisan Nasional selain daripada tindakan penyokong PAS yang beralih untuk memilih Barisan Nasional.MMI percaya ini berlaku kerana sikap dan tindakan PAS sepanjang proses kempen yang keterlaluan sehingga sanggup berbohong kepada rakyat.

Tidak di nafikan kehadiran Menteri Besar Kedah yang baru YAB Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir dengan auranya yang tersendiri turut memainkan peranan selain daripada kerja kuat calon Dr Ahmad Suhaimi Lazim bersama-sama kepimpinan dan semua jentera Barisan Nasional yang terlibat.

Kita harus percaya keputusan ini tidak akan mengubah mana-mana keputusan dalam PRU13 yang lalu dan pesanan MMI , kerajaan negeri jangan sesekali mengabaikan rakyat di Sungai Limau lakukan apa yang termampu untuk membantu mereka demi untuk anak bangsa kita 

Dalam masa yang sama jadikan keputusan PRK Sungai Limau sebagai pemangkin kepada kerja kuat kita selepas ini dan percayalah jika ini keputusannya insyaallah dengan gerak kerja yang betul PRU14 Sungai Limau akan kembali kepada Barisan Nasional.

Inilah sebenarnya yang di maksudkan dengan KALAH BERMARUAH !! 

Dan slogan BERANI HIJRAH benar-benar membuatkan sebahagian besar daripada pengundi di DUN Sungai Limau BERHIJRAH menyokong Barisan Nasional !! TERBAIK !!

MMI

2 comments:

  1. Biarlah luncai terjun dgn labunya....

    ReplyDelete
  2. sampai bila harus biarkan dri ni dikuasai dengan komlpot jijik kerajaan yg sentiasa merosakkan minda rakyat?rakyat suda mmpu berfikir mna najis mna bukan najis..

    ReplyDelete

Labels