Followers

Friday 15 November 2013

Salon Untuk Pelanggan Lelaki Sahaja !!!

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Rahsia sebuah salon dandanan rambut yang mendapat sambutan pelanggan lelaki terbongkar apabila premis tersebut rupa-rupanya menawarkan pakej khidmat seks wanita warga China dan Vietnam.

Kegiatan tidak bermoral di salon yang berpusat di tingkat dua dan tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar 19, Puchong dekat sini terdedah dalam serbuan polis pada pukul 11 malam kelmarin.


Semasa serbuan, tiga pasangan bukan suami isteri sedang berasmara manakala sembilan lagi pelanggan lelaki sedang menunggu untuk mendapat habuan masing-masing.

Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Roslin Mohamad Isa berkata, pusat kecantikan yang menawarkan pakej dandanan rambut berserta khidmat seks itu dihidu pihak berkuasa selepas menerima aduan awam yang curiga dengan perniagaan di salon itu yang hanya menerima pelanggan lelaki.sumber 

Pesanan MMI kepada lelaki yang suka ke salon tu hati-hati , mana tau niat nak gunting rambut silap masuk benda lain..Lagi NAYA bila ada operasi huh dengan kita-kita depa angkut !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels