Followers

Wednesday 13 November 2013

Siapa Yang TERBOGEL Di PANDAN ??

Gambar Hiasan
Penghijrahan pengasas dan ‘orang kuat’ PKR Pandan, Abdul Aziz Jusoh, 48 yang juga merupakan orang kuat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ke dalam UMNO malam tadi merupakan detik permulaan buat UMNO Pandan untuk kembali mengukuhkan kedudukan politik di Selangor, khususnya di Parlimen Pandan.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kemasukan Aziz ke dalam UMNO dan pembubaran cabang PKR Pandan serta penutupan Bilik Gerakan Utama PKR di Jalan E Kampung Pandan sejak tahun 1999 ini, sebagai satu kekuatan kepada UMNO dan BN Pandan.

“Kita perlu sedar, mereka masuk UMNO dan membubarkan PKR Cabang Pandan ini bukan di dalam musim pilihanraya, sebaliknya berlaku selepas 6 bulan Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.

Jelas menunjukkan dalam tempoh enam bulan ini sahaja, bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli mula menunjukkan rasa tidak puas hati dengan pimpinan parti PKR, contohnya di Sabah, dua orang ADUN PKR telah keluar dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN. Jadi, apakah hala tuju perjuangan PKR yang sebenarnya...?,” ujarnya selepas menerima borang keahlian Mohd Aziz Jusoh dan 80 orang bekas ahli PKR Pandan serta penutupan bilik gerakan PKR di Kampung Pandan.

Dalam masa yang sama, Aziz Jusoh menjelaskan bahawa tindakan dan sikap pemimpin PKR terutamanya Rafizi Ramli yang langsung tidak ‘tunjuk muka’ di Pandan sejak menang Pilihanraya Umum lalu punca beliau keluar dan meninggalkan perjuangan sia-sia 16 tahun beliau bersama PKR.

“Tindakan Rafizi yang turut menuduh saya menerima wang dan sogokan dari UMNO untuk keluar parti juga satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat.

Kini, selepas menyerahkan borang UMNO tadi, saya rasa bersyukur dan gembira kerana bebas dari rasa bebanan yang dipikul selama ini. Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk UMNO, khususnya dalam usaha merampas semula Selangor dari pakatan DAP-PKR-PAS Selangor,” ujarnya.sumber 

Tak pernah tunjuk muka bro !! Ingat duit gaji dia tu bapak dia punya !!

MMI

1 comment:

  1. Rafizi dan pemimpin Pakatan lain sebenarnya tak perlu berkhidmat dalam kawasan yang mereka wakili. Mereka hanya perlu semaikan kebencian dan baja kebencian itu setiap hari.

    ReplyDelete

Labels