Followers

Thursday 14 November 2013

WARKAH Yang Tak Akan Di CANANG Oleh Pembangkang !!!


Hari ini 14 November 2013 kerajaan telah mengumumkan harga petrol RON97 turun sebanyak 10 sen menjadikan harganya RM 2.75 seliter.

Penurunan ini hanya lebih dua bulan selepas perubahan harga terakhir di mana harga bahan api telah meningkat sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter.

Tidak seperti RON95 dan diesel, harga RON97 bergantung kepada turun naik pasaran, jadi perubahan harga berlaku lebih kerap daripada RON95 dan diesel.  

Walaupun MMI bukanlah dari kalangan mereka yang menggunakan minyak RON97 ni tapi ia membuktikan komitmen kerajaan dan mereka sentiasa memantau harga minyak dunia.

Kalau ikut puak pembangkang tu masa naik ja depa bising sebabnya boleh hasut rakyat untuk benci kerajaan.Langsung tak pernah fikir harga minyak di Malaysia antara yang terendah jika di bandingkan dengan negara-negara jiran.

Apa pun sekurang-kurangnya pengguna minyak RON97 dapat merasa sedikit sebanyak kesannya termasuklah puak-puak pembangkang yang pakai kereta-kereta besaq tu.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels