Followers

Friday 20 December 2013

Ancaman GULING KERAJAAN Pemuda Pulau Pinang Buat Laporan POLIS !! @rrafizal @dzainalabidin @khairykj @azwanbro


Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang di ketuai Sdr Rafizal Abd Rahim pagi tadi telah membuat satu laporan polis di IPD Bandar Perda untuk mendesak supaya satu siasatan di lakukan ke atas tindakan berupa ancaman untuk menggulingkan kerajaan yang telah di rancang akan di adakan pada 31 Disember 2013 nanti.



Cubaan menghasut rakyat agar turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi dalam pilihanraya yang di persetujui oleh semua pihak itu di lihat sesuatu yang amat membahayakan apatah lagi ianya akan menimbulkan kekacauan serta kemudaratan kepada negara.

Justeru itu pihak polis di minta untuk mengambil tindakan yang sewajarnya khusus bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

Bertindak dan HALANG adalah langkah yang paling praktikal memandangkan dalam siri perhimpunan haram sebelum ini kita sudah menyaksikan bukan sahaja kerosakan harta benda tetapi juga nyawa anggota keselamatan sendiri pun terancam.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels