Followers

Tuesday 17 December 2013

Biar Rakyat Pilih , Jangan Ajar Mereka ~ Pemuda TEGAS !! @azwanbro

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (tengah) memberi ucapan mengenai keadaan macro ekonomi negara di Putrajaya Convention Centre hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

MMI antara jutaan rakyat rasanya yang terkejut dengan kenyataan dangkal pak menteri yang kadang kalanya di lihat mengambil sikap sambil lewa malah dalam beberapa keadaan sebelum ini kerajaan menjadi mangsa kepada sikap ambil mudah mereka-mereka yang di pertanggungjawabkan untuk mengurus.

Ungkapan Datuk Seri Abdul Wahid Omar bahawa pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi jelas mengundang pelbagai persepsi di kalangan rakyat sejak semalam dan rata-rata mereka jelas memperlihatkan sikap tidak senang dengan kenyataan sedemikian.

Walaupun belum tentu kesahihan kenyataan tersebut kerana ianya di tulis dan di keluarkan oleh portal pro pembangkang , rakyat nampaknya sedikit gelisah dan marah seolah-olah mereka tidak lagi punya pilihan.

Apakah benar kenyataan itu di ungkapkan oleh seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ??


Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.
Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna. – 16 Disember, 2013.TheMalaysianInsider
MMI melihat bahawa Datuk Seri Abdul Wahid Omar turut menyatakan dengan jelas bilamana beliau menyebut pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

Ini membuktikan masih ada ruang untuk perkara ini di bawa ke meja rundingan dengan mengambil kira kenaikan kadar tol bukanlah di lakukan sekarang. 


Dalam masa yang sama Saudara Khairul Azwan Harun , Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut mengeluarkan kenyataan tegasnya berhubung dengan kadar kenaikan tol serta saranan pilihan yang terlalu dangkal untuk di keluarkan oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.

Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam.

“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya.

Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.

Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).

“Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya.

Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.

Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.

“Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan.

“Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR? Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya


Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.

“Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya.

Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet.

Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu.

Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan.

Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.tmi

Dalam hal ini , MMI menyokong penuh kritikan yang di lemparkan oleh Saudara Khairul Azwan Harun.Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tindakan Khairul telah membuktikan betapa saf kepimpinan pemuda UMNO hari ini semakin agresif malah peka dengan nasib yang menimpa rakyat.

Inilah yang di tunggu-tunggu banyak pihak untuk melihat pemuda UMNO kembali menjadi nadi kepada rakyat marhain khususnya berkenaan dasar-dasar kerajaan yang kadang-kalanya mampu menyentuh hati banyak pihak khususnya mereka-mereka yang selama ini memberikan taat setia mereka kepada parti UMNO dan kerajaan.

Malah kritikan dengan di susuli cadangan daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia jelas memperlihatkan sikap profesional pemuda dalam menangani apa yang kita sebut sebagai masalah yang mampu memudaratkan bukan sahaja parti tetapi juga kerajaan jika tidak di tangani dengan baik.

SYABAS Pemuda !! 

MMI

1 comment:

  1. Ingat pemimpin DAP dan PAS ngok, BN lagi ngok, nampak macam PRU 14 akan kecundang la....

    ReplyDelete

Labels