Followers

Tuesday 17 December 2013

Giliran EXCO Pemuda Pula Tegur Kerajaan !! @Armand_PJU


Dah lama MMI nantikan barisan pemuda yang punya suara dan berani melantunkan pandangan terhadap sesiapa jua termasuklah kerajaan selagi mana apa yang di perkatakan itu logik dan di terima akal.

Isu yang sedang panas kini melibatkan kenaikan tol dan tarif elektrik , mendapat perhatian banyak pihak daripada pihak pembangkang sehinggalah kepada rakyat di peringkat akar umbi malah sampai ke peringkat kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun tindakan sesetengah barisan pemuda yang di lihat seolah-olah menyanggah keputusan mahupun dasar yang bakal di buat oleh kerajaan , ianya di lihat sebagai satu nafas baru apabila teguran dan pandangan kini di buat daripada dalam kem kerajaan sendiri.

Bagi MMI ianya adalah jauh lebih baik kerana setiap teguran dan pendangan itu dapat di susuli kemudiannya dengan siri perbincangan di antara kedua belah pihak untuk mencapai keputusan terbaik.

Perkara asasnya adalah pihak kerajaan perlu belajar dan bersedia menerima pandangan serta teguran yang di lemparkan oleh jentera parti kerana ia membawa suara di peringkat akar umbi.


Apa yang MMI harapkan agar selepas ini ramai lagi muka-muka baru dan lama dalam kepimpinan pemuda UMNO Malaysia tampil menggesa kerajaan agar pertimbangkan semula atau mencari kaedah terbaik menyelesaikan isu kenaikan kadar tol dan kenaikan tarif elektrik supaya keputusan yang di buat itu nanti menjadi keputusan menang-menang kepada semua pihak.

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels