Followers

Friday 27 December 2013

HIMPUNAN GULING KERAJAAN Tangkap & Sumbat Puak-Puak BANGSAT Tu Dalam PENJARA !!!


Pihak penganjur Himpunan Guling Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan keras terhadap sebarang kekaucauan serta kerosakan harta benda yang berlaku semasa perhimpunan tersebut pada 31 Disember ini.

Selain itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adzha Abu Hanifa, mereka juga perlu dikenakan tindakan keras berdasarkan perlembagaan sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut.

Beliau turut menyatakan, penganjur perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi, perlembagan, undang-undang dan hak rakyat lain dengan menghasut rakyat khususnya golongan muda menyertai demonstrasi haram tersebut.

Justeru, beliau bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pihak penganjur perhimpunan haram itu di Balai Polis Damansara di sini hari ini agar tindakan tegas dapat segera diambil.

"Kami telah mengumpul bukti hasutan mereka dan telah menyerahkannya kepada pihak polis.

"Ini bukan retorik tetapi kenyataan kerana bukti-bukti tersebut jelas menunjukkan mereka melaku hasutan dan tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang," jelas Arman Adzha.

NGO yang membuat laporan polis berkenaan ialah Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Jalinan Melayu Malaysia dan Briged Kesatria Mahasiswa.

Turut sama membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan SS9A. - utusan

Komen MMI , kepada pihak berkuasa khususnya pasukan Polis jangan risau untuk melaksanakan kerja-kerja ampa tangkap dan sumbat ja puak-puak bangsat tu dalam penjara.Tahan saja mereka untuk satu tempoh melebihi 7 hari.Sebab kalau setakat ambil keterangan rasanya mereka tak akan pernah serik.

Tahanan selama tempoh tidak kurang dari 7 hari sudah tentu akan mengakibatkan puak-puak bangsat ini mengalami masalah termasuklah dalam urusan pekerjaan mereka seharian.Paling tidak yang mana bekerja dengan syarikat swasta sudah pasti akan di berikan surat tunjuk sebab atau di buang kerja.

Kena bagi puak-puak ni rasa gang !! Mereka dah siap rancang untuk berperang dengan ampa !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels