Followers

Friday 20 December 2013

KPN Sahkan Mangsa CULIK di Pulau Pom Pom Berjaya Di SELAMATKAN


KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar Jumaat mengumumkan khabar gembira pelancong Taiwan mangsa culik di Pulau Pom Pom berjaya diselamatkan melalui akaun twitternya.


Sebelum itu wanita warga Taiwan yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna pertengahan November lalu sudah ditemui dan berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota pasukan keselamatan Filipina di kepulauan Sulu pada Jumaat.


Mangsa diselamatkan di Sulu, sekarang di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City esok,” katanya di laman sosial twitter.

“Kita tunggu perkembangan lanjut dari pihak berkuasa Filipina,” berhubung maklumat terperinci keadaan mangsa.

Pada 15 November lalu, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak manakala seorang wanita diculik dalam kejadian jam 1 pagi.

Mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.-bnbbc.my

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels