Followers

Monday 9 December 2013

Mangsa BANJIR Terus Di Bantu @azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak


Bantuan demi bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan dengan kadar segera.Yang terbaru bantuan daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr Khairul Azwan Harun yang turun padang memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Dun Cukai, Kemaman, Terengganu .

Bantuan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir adalah di dalam bentuk keperluan asas harian dan makanan. Ini menunjukkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan rakyatnya yang memerlukan bantuan. Kebajikan rakyat Malaysia sentiasa dijaga. Ini sekaligus menolak dan menyangkal kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah daripada pihak pembangkang yang menuduh bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.




Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dibantu EXCO Pemuda UMNO Malaysia bersama-sama membersihkan tempat yang dilanda banjir. Ini menunjukkan bahawa Azwan Bro tidak kekok dan tidak kisah didalam melakukan kerja-kerja pembersihan, demi membantu rakyat yang didalam kesusahan semasa dilanda bencana.

Semoga usaha-usaha murni ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Ucapan Syabas dan Tahniah kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia dalam usaha membantu mangsa banjir.sumber 

Untuk makluman semua segala bantuan akan sentiasa di hulurkan dari masa ke semasa dan kepada mangsa banjir yang kini menerima musibah MMI harapkan agar terus tabah dalam menerima dugaan daripada Allah swt semoga semua berada dalam keadaan selamat.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat semua mangsa banjir di Pahang , Terengganu dan Johor.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels