Followers

Sunday 8 December 2013

Mat Sabu Nak SAMAN Zahid Hamidi !!


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ianya berhubung kenyataan Naib Presiden UMNO itu ketika  ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC petang semalam yang mendakwa Mohamad mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat.

“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” katanya lagi.

PAS sebelum ini telah beberapa kali menafikan tuduhan ini dengan penegasan bahawa tiada ahli PAS berfahaman Syiah.

Malah PAS mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membawa bukti ada dikalangan ahlinya mengamalkan ajaran Syiah.



Kita kena faham satu perkara , Zahid tidak akan sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya beliau tidak punya bukti yang kukuh.Jadi dalam soal ini MMI amat-amat mengharapkan agar Mat Sabu segera menyaman Zahid biar rakyat segera kenal siapa sebenarnya Timbalan Presiden PAS ini.

Soalnya sekarang BERANI ka Mat Sabu nak SAMAN ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels