Followers

Friday 6 December 2013

Ops Bantuan Mula Di Gerakkan Ke Kawasan BANJIR !!!


Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bersama-sama dengan KBS & Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah dan akan menggerakkan jentera untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan pada esok Khamis dengan menghantar 11 kontena berisi pelbagai barangan keperluan asas, terutama makanan dan ubat-ubatan.

Turut bekerjasama adalah pasukan keselamatan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), RELA dan lain-lain bagi memudahkan pengagihan bantuan.


Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu bantuan berkenaan akan digunakan oleh mangsa banjir yang kini sudah mencecah lebih 30 ribu orang yang ditempatkan di 85 pusat pemindahan.

“11 buah treler dengan muatan lebih daripada 20 tan telah kita gerakkan ke Kuantan hari ini untuk menolong mangsa banjir yang semakin kritikal.

“Memandangkan Kuantan merupakan kawasan yang paling teruk terjejas, kita hantar bantuan ke sana dahulu. Kemudian kita akan beralih ke negeri-negeri lain yang turut ditimpa bencana banjir ini,” kata ahli Parlimen Baling itu.

Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.

Sehingga semalam, banjir di negeri itu telah meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Manakala dua beranak, Jamali Jani, 45, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya Megat Mohd Nazli Jamli, 17, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap di sini kira-kira 7.30 malam tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan keadaan mangsa banjir turut bergegas meninggalkan Perhimpunan Agong UMNO 2013 hari ini untuk ke Kuantan bagi meninjau keadaan bencana yang dilaporkan bertambah buruk.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keadaan banjir di empat buah negeri – Pahang, Terengganu, Johor dan terbaru di Kelantan telah menarik perhatian Perdana Menteri.

“Keadaan bertambah teruk sedikit, Perdana Menteri membuat keputusan untuk meninjau sendiri keadaan di Kuantan, Pahang selepas memberi ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung.

“Persidangan ini tidak boleh ditangguhkan dan saya akan hadir di perhimpunan ini dan bergilir dengan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO. -bnbbc.my

Dalam masa yang sama Ops Bantuan ini akan di lepaskan oleh Presiden UMNO YAB Datuk Najib Tun Razak dan YB Ketua Pemuda Khairy Jamaludin besok selepas solat Jumaat di hadapan Dewan Merdeka PWTC. 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels