Followers

Tuesday 24 December 2013

Pengerusi TURUN Di Tangkap , POLIS Mula Bertindak !!


Seperti yang pernah MMI tulis sebelum ini semua pihak sudah sedia maklum bahawa pihak-pihak tertentu yang mengaku sebagai NGO kini sedang giat melakukan persiapan dan perancangan mereka untuk menimbulkan huru-hara pada malam tahun baru 2014 nanti.Klik SINI

Rata-rata yang mengaku NGO itu sebenarnya adalah penyokong tegar pembangkang yang selama ini menjadi penggerak kepada gerakan-gerakan di jalanraya seperti mana yang di laporkan sebelum ini.

Malah untuk kali ini gerakan yang sedang di susun itu di lihat sebagai antara yang paling BERBAHAYA kerana ianya bukan himpunan biasa tetapi himpunan untuk menggulingkan kerajaan !!

MMI amat yakin sekiranya tidak ada sebarang pencegahan awal oleh pihak berkuasa maka sudah pasti sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku   

PASTI !!

Walau bagaimanapun pada ketika artikel ini di tulis di beritakan pihak POLIS sudah pun mula bertindak apabila Azan Safar (gambar atas) , Pengerusi TURUN di laporkan telah ditangkap sekumpulan SB berpakaian awam di Restoran Kak Som dan di bawa ke IPD Dang Wangi semalam. 

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, kumpulan tersebut juga mengadakan perancangan rapi bagi merealisasikan gerakan menimbulkan ketegangan di KL pada malam tahun baru nanti.sumber anak seberang 

Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah turut memberikan amaran kepada semua pihak jangan sesekali hadir dalam perhimpunan haram gulingkan kerajaan kerana mereka boleh di dakwa dan di kenakan hukuman 15 tahun penjara.



SYABAS pasukan Polis , teruskan usaha mencegah MMI yakin jutaan rakyat Malaysia menolak gerakan jalanan seperti ini.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels