Followers

Thursday, 26 December 2013

PREMIS Nombor EKOR HARAM Berselindung Di Sebalik Agensi Insuran ?! @PDRMsia


Sudah banyak rungutan yang MMI dengar daripada kawan-kawan tentang kewujudan satu pusat penjualan nombor ekor HARAM yang berselindung di sebalik satu syarikat insuran kenderaan.Yang pasti mereka yang terlibat di lihat begitu berani beroperasi seolah-olah tidak ada langsung penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

Yang lebih mengjengkelkan kedai ini beroperasi di Sungai Puyu Butterworth Pulau Pinang dan berada dalam DUN Sungai Puyu.

Siapa wakil rakyatnya ??


Sudah tentu si Phee Bon Poh yang juga exco kerajaan negeri !!

Pertamanya kenapa kedai ini di biarkan beroperasi ?? Keduanya apakah Phee Bon Poh langsung tidak tahu menahu sedangkan beliau punya pegawai-pegawainya yang menjaga kawasan ??

Kalau macam tulah , sebagai exco kerajaan negeri sepatutnya beliau berasa MALU kerana tidak CEKAP menjaga kawasan sendiri.

Tapi bagaimana pula kalau Phee Bon Poh tahu dan buat tak tahu ?? Maka jawapannya mudah beliau tidak TELUS dalam janjinya untuk memberikan perkhidmatan KUCING KURAP (CAT) kepada rakyat.

Akauntibiliti ?? Nak harapkan apa lagi kalau kawasan sendiri pun macam ni !! 

Tepi jalan ja ...
MMI faham ada kedai-kedai nombor ekor yang beroperasi mengikut syarat dan undang-undang seperti Magnum , 4D dan lain-lainnya kerana dasar menghormati kaum lain tetapi takkanlah kedai yang beroperasi secara HARAM pun nak di biarkan ??

Nak harapkan ADUN kawasan buat kerja memang tak lah jadi MMI harap sangat-sangat pihak berkuasa tolong lakukan siasatan SEGERA !!

MMI

3 comments:

  1. Assalamualaikum,


    Kami meminta jasa baik agar dapat menyenaraikan Rakyat News dalam blog list anda.

    Sekian, Jutaan Terima Kasih.


    Rakyat News

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..Rakyat News sudah pun di pautkan refer to list PORTAL dlm blog MMI.Tq

      Delete
  2. Jangan harap la benda ni nak selesai...tempat ni la polis polis bole datang mintak duit sepuluh duapuluh ringgit...

    ReplyDelete

Labels