Followers

Thursday 5 December 2013

Sememangnya Tun Mahathir Berkata BENAR !!


Melayu mudah lupa !! Benarlah apa yang pernah di ungkapkan oleh Tun Mahathir satu ketika dulu tepat malah hasil daripada mudah lupa itulah Melayu hari ini tidak lagi mahu melihat kepada permuafakatan sesama ummah.

Mereka tidak lagi mahu melihat kepada soal memperkuatkan Islam apatah lagi menggadaikan impian penuh hawa nafsu untuk menjatuhkan sesama Melayu demi kepentingan politik songsang.

Setelah menerima pelbagai tohmahan dan hinaan pelbagai pihak termauk PAS berhubung pelantikkan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Ustaz Kazim Elias yang membuat keputusan menolak jawatan itu tampil memberi penjelasan.


Menurut Ustaz Kazim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan rasional dan risiko tindakan melantik beliau ke jawatan MT dalam pertemuan, dua hari lalu  di Parlimen.

“Beliau sangat berharap supaya idea saya selama ini dalam ceramah dapat direalisasikan dengan adanya saya memegang jawatan. Beliau meminta saya mengemudi peringkat akar umbi bermula dari tadika hingga sekolah menengah,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, Najib mahu beliau merangka program bersepadu supaya anak-anak muda mencintai Islam dan berakhlak mulia.

“Beliau juga harap supaya penyatuan umat Islam menjadi kenyataan.Tetapi itulah keputusan saya, walaupun berat tapi kekecewaan yang menghiris hati, tekanan kiri kanan, saya merasakan lebih selesa dengan menjadi penceramah bebas dan saya mengambil keputusan menarik diri dari lantikan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial facebook beliau, Rabu.

Dalam kenyataan tersebut, Ustaz Kazim menyuarakan rasa terkejut beliau sewaktu bertemu dengan Najib apabila mengetahui ahli Parlimen Pekan itu mengikuti perkembangan dan menyokong beliau selama ini.

Dalam perjumpaan tersebut juga beliau telah mengemukakan lima pandangan dan cadangan untuk penambaikkan UMNO dan perkara itu diterima dengan baik oleh Najib.

“Rupanya dia ikuti ceramah saya dan akan memberi segala sokongan untuk kelangsungan dakwah saya walaupun dia tahu saya bukan dari UMNO.

“Beliau hendak membuktikan bahawa UMNO tidak menolak agamawan dan mahu saya menjadi pemangkin peranan belia,” katanya.

Bagi mereka yang yang telah melemparkan pelbagai persepsi negatif dan kata-kata kesat, beliau menyerahkan perkara itu kepada Allah untuk menghakiminya.

“Bagi yang memfitnah, mengumpat, mencaci, mengutuk seolah-olah jahat sungguh lantikan ini, jahat sungguh saya, atas kata nista itu saya serahkan pada Allah. Sampai hati panggil saya ustaz khinzir,” kata Kazim kesal.

“Inilah yang dikatakan perjuangan Islam? Memaki dan memfitnah? Apa ingat saya kemaruk kuasa wang dan pangkat?

“Bagi yang perasan telah sempurna iman sampai boleh kata orang lain munafik, bakal ahli neraka, babi, anjing dan lain lain, ingatlah Akhirat itu ada dan Allah akan membalasnya,” nasihat beliau. -bnbbc.my

MMI rasa kita perlu hormati keputusan Ustaz Kazim dan kita harus menjadikan isu ini sebagai satu pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragam Islam.

Apa yang MMI pernah pesan sebelum ini ternyata menjadi kenyataan dan kenyataan itu merupakan hakikat sebenar inilah dunia politik kita apabila gerakan mereka yang mengaku kononnya pejuang Islam akan berusaha bermati-matian untuk memastikan tokoh-tokoh agama yang di lihat mampu membawa perubahan kepada masyarakat Islam di serang dari pelbagai arah asalkan tidak mendekati UMNO.

Persoalan mudah kenapa agaknya mereka begitu teruja untuk melihat Ustaz Kazim tidak bersama UMNO ?? 

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels