Followers

Saturday 7 December 2013

STOP Making STUPID People FAMOUS !! #Lifestyle


Kelainan yang cuba diketengahkan oleh pihak penganjur Anugerah Bintang Popular kali ini menerusi pertambahan kategorinya seakan-akan mendapat kritikan daripada banyak pihak.

Ini kerana menerusi pencalonan Anugerah Aksi Di Youtube Paling Popular, ianya memaparkan video-video yang menjadi perbualan hangat sepanjang tahun ini.

Antara yang tercalon ialah video isteri pemain bola sepak, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan serta video ‘macam cantik je, macam comel je’ turut mendapat tempat dalam kategori tersebut.

Ramai yang mengatakan anugerah sebegini hanya mengalakkan orang di luar sana untuk tampil dengan video-video yang tidak berfaedah, malah ada juga mengutuk kenapa perlu diiktiraf ‘orang-orang’ sebegini.

Malah, ada juga yang tampil dengan slogan ‘stop making stupid people famous’.

Ada betul juga cakap mereka itu kan..

Yelah, cuba bayangkan kalau video isteri Mat Yo yang menang, siapa yang akan datang mengambil trofi tersebut?

Takkan selepas dihina dan dicaci oleh seluruh rakyat Malaysia atas perbuatan biadap dia tu, dia dengan bangga diri nak naik pentas terima penghargaan pulak kan..

Namun, tak semua video dalam pencalonan tersebut ‘menjengkelkan’, ada juga yang berilmiah dan mempunyai mesej yang tersendiri.

Contohnya video Mat Lufthi dan juga video si comel Arrian, anak Tomok yang boleh dijadikan penghibur buat segelintir pihak.

Jadi, buat anda yang mahu mengundi, undilah dengan bijak ya.

Jangan jadikan video-video ‘menjengkelkan’ seperti itu diiktiraf, nanti lama-lama makin ramai orang di luar sana yang sanggup memperbodohkan diri mereka semata-mata demi sebuah kemasyhuran.mynewshub

Macam-macam hal sekarang ni , MMI rasa kalau nak buat juga kena pilihlah jangan sampai yang mengaibkan pun nak di pertandingkan.

Macam tu jugalah dengan dunia politik , kena pilih dan tengok elok-elok jangan sampai kita pilih orang yang salah.Kadang-kadang BUDAK ni banyak yang MERAK BUIH sebab tu bila dapat satu-satu jawatan dah rasa besaq sangat dah sampai semua kerja dia nak buat !!!!


Tengah dok fikir nak tulis tentang percutian di salah satu pulau di Malaysia , mana tau boleh dapat tarik orang muda untuk undi Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels