Followers

Monday 16 December 2013

Tolonglah BANTU Kami !! Part 3 @dzainalabidin @DrNovandri @NajibRazak


Walaupun menerima musibah banjir , mak cik ini masih mampu memberikan senyumannya kepada kami para sukarelawan Misi Kemanusian Bantuan Mangsa Banjir Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang tiba di Kampung Air Puteh Kemaman Terengganu untuk membantu penduduk membersihkan kediaman masing-masing selain dari memberikan sumbangan barangan keperluan makanan.

Sesuatu yang membuatkan hati kami tersentuh betapa dalam keadaan sebegini mereka masih mampu memberikan senyuman memperlihatkan betapa mereka redha dengan ketentuan Allah swt malah sepanjang MMI mengikuti misi ini tidak ada satu rungutan pun yang keluar dari mulut penduduk.

Malah ucapan terima kasih sentiasa menjadi pemanis buat sesiapa sahaja yang turun memberikan bantuan kepada mereka.Begitulah tabahnya penduduk Kampung Air Puteh Kemaman Terengganu.

Sebelum ini di siri 1 dan 2 , MMI telah pun menceritakan bagaimana proses misi ini bermula seterusnya sampai ke kawasan banjir dan bagaimana kerja-kerja bantuan di lakukan oleh para sukarelawan.

Baca sini Part 1 & Part 2 

Untuk rekod kerja-kerja ini berlangsung sehingga jam 5.00 petang dan sepanjang waktu itu pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan serta bantuan berupa makanan , pakaian , lampin pakai buang dan lain-lain.

Selain daripada pasukan kami , turut membantu adalah TNB dan pasukan-pasukan sukarelawan lain yang sebenarnya telah di bahagikan mengikut kawasan masing-masing oleh MKN.Ini di lakukan supaya semua kawasan yang di timpa bencana menerima bantuan sama rata.


Sesuatu yang harus di puji memandangkan dalam keadaan sebegini sekiranya tidak ada pihak yang menguruskan sudah pasti akan ada kawasan-kawasan yang terpinggir.

MMI sempat meninjau ke seluruh kawasan kampung Air Puteh dan kampung sebelah dan berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat di rakamkan.

Kenderaan ini tenggelam sepenuhnya
Keseluruhan rumah ini di penuhi lumpur  

Kawasan ini mengalami banjir dan paras air di catatkan sehingga ke paras bumbung




Jentolak di gunakan bagi membuka laluan serta membuang selut yang terdapat di merata-rata tempat termasuk di rumah-rumah


MMI di fahamkan bantuan dan para sukarelawan daripada pihak-pihak lain akan terus di susun oleh MKN bagi memastikan penduduk yang menerima bencana ini di bantu.Tugas sukarelawan Misi Kemanusian Mangsa Banjir Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang berakhir di sini dan akan di ambil alih oleh pasukan lain yang akan tiba di Kemaman.

Begitulah jadual di susun oleh MKN bagi semua pihak yang hadir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sini.

Berikut adalah pengalaman salah seorang penduduk di Kampung Air Puteh menceritakan tentang bagaimana bermulanya kenaikan paras air sehingga mengakibatkan mereka perlu berpindah.


Apa yang boleh MMI katakan bukan mudah menghadapi dugaan seperti ini semoga penduduk di Kampung Air Puteh terus bersabar dan tabah dalam menghadapi hari yang mendatang.

Secara peribadi MMI ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat , khususnya kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang menyediakan segala urusan untuk misi bantuan ini.Kepada sukarelawan keikhlasan anda membantu dengan meninggalkan keluarga dan kerja cukup bermakna.Percayalah kehadiran anda di Kampung Air Puteh memberikan sedikit kelegaan buat penduduk yang kini menerima musibah.

Misi Kemanusian Mangsa Banjir tamat dan meninggalkan Kampung Air Puteh pada jam 5.45 petang menuju Komplek Rakan Muda Kemaman tempat penginapan sementara pasukan.

Sebelum itu kita sudah pun mendengar pelbagai cerita di sana sini kononnya kerajaan dan UMNO tidak membantu mangsa banjir.Rasanya tak perlu MMI ulas panjang lebar lagi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah swt.

Kita sebagai hambanya perlu berusaha untuk menyelesaikan dan bagi MMI mudah , kejadian banjir di negeri-negeri sebelah Pantai Timur seharusnya tidak di politikkan malah semua pihak seharusnya tampil menghulurkan bantuan bukan menjadi pak pacak kepada lensa-lensa kamera semata-mata.

Bukan masanya melontarkan tuduhan tetapi ini adalah masa untuk kita sama-sama membantu mereka yang dalam kesusahan.Mana-mana parti politik sekalipun inilah masanya untuk kamu mengerahkan segala jentera dan ahli-ahli parti untuk turun ke kawasan bencana membantu mereka -mereka yang kita kategorikan sebagai RAKYAT.

Kalau setakat bercakap rasanya lebih baik diamlah !!! Selebihnya MMI serahkan kepada rakyat untuk menilai..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels