Followers

Thursday 19 December 2013

Wajar Kaji Semula , Reezal Bawa Suara Akar UMBI !!


Barangkali tak ramai yang sedar di sebalik suara-suara pemimpin UMNO yang kini lantang bersuara membawa harapan rakyat di peringkat akar umbi adalah mereka-mereka yang lahir dari kalangan PEMUDA atau sebelum ini berada dalam saf kepimpinan PEMUDA.

Untuk rekod sebelum ini kita sudah pun melihat NKP Saudara Khairul Azwan Harun mengeluarkan kenyataannya khusus tentang kenaikan kadar tol yang MMI sifatkan sebagai tegas dan profesional BACA SINI yang kemudiannya di susuli dengan exco-exco pemuda lainnya BACA SINI maka MMI melihat inilah sebenarnya perubahan yang sedang berlaku dalam parti UMNO.

Perlu diingat perubahan atau proses tranformasi yang di lakukan oleh parti UMNO bukan sahaja di buat bagi menguruskan sistem pemilihan parti semata-mata tetapi tranformasi itu jauh lebih kukuh dengan keterlibatan pimpinan UMNO yang kini tidak lagi di lihat sebagai YES BOS semata-mata.

Percayalah sikap dan keberanian ini sebenarnya akan membawa kebaikan buat parti UMNO kerana ianya jauh lebih baik apabila pandangan serta teguran itu di lakukan dalam satu kem kerana ia lebih mudah untuk sampai ke peringkat tertinggi serta mampu di selesaikan di meja rundingan.

Itulah harapan MMI dan mungkin kebanyakkan rakyat di luar sana..

Terkini pula adalah kenyataan BERANI daripada bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia yang sekarang ini telah terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mahukan supaya pucuk pimpinan melihat kepada AKUJANJI dalam MANIFESTO sebelum ini yang meletakkan kos sara hidup sebagai agenda utamanya.


Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

Ini kerana kenaikan dalam sahaja kuantum akan menyukarkan rakyat khususnya di dalam bandar dan dalam kalangan mereka yang sentiasa menggunakan laluan bertol.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata,  dalam konteks tol, secara spesifisk BN telah berjanji kepada rakyat di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan pembangunan Luar bandar untuk mengurangkan bayaran tol secara berperingkat.

“Saya menaruh keyakinan PM akan melihatnya secara lebih komprehensif kerana beliau sendiri mengumumkan kos sara hidup sebagai agenda utama akujanji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican menyeru  Kementerian Kerja Raya kajian secaa holistic sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang.

“Ia perlu mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan,” jelasnya.

Antara lebuh raya baharu yang dalam peringkat perlaksanaan kini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Lebuh Raya Sungai Dua-Juru.

Kesemua lebuh raya baharu itu, katanya, mempunyai implikasi kewangan harian kepada pengguna bandar baik di Lembah Klang .

“JKR juga perlu umum status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, LDP dan NPE. Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula ini, apatah lagi apabila ia dinyatakan secara spesifik dalam pelan Strategik Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.

Menurutnya, rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan pengguna dalam apa sahaja keadaan.

Beradarkan maklum balas rakyat terbanyak, mereka rasa terbeban dengan apa terbina dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.---MalaysiaGazette

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels