Followers

Monday 13 January 2014

Agaknya Apa Yang Khalid Sedang Fikirkan Sekarang ?


Sebagai Menteri Besar sudah barang pasti Khalid Ibrahim merupakan seorang pemimpin yang seharusnya punya pendirian dan faham akan setiap tindakan yang di buatnya.

Beliau bukan sahaja perlu patuh kepada kepimpinan parti PKR tetapi dalam masa yang sama turut perlu patuh dan hormat kepada kepimpinan negara dan paling penting kepada YDP Agung serta Sultan Selangor.

Walaupun berbeza fahaman politik MMI rasa Khalid masih lagi beragama Islam , tak kiralah sebaik manapun Khalid dengan puak-puak DAP atau mana-mana bukan Islam di sekelilingnya dan ini membuktikan bahawa Khalid sebagai Menteri Besar sebenarnya terikat dengan sumpah taat setianya kepada Sultan Selangor lebih-lebih lagi dalam soal memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Namun dalam mendepani isu rampasan kitab bible berbahasa Melayu di Selangor baru-baru ini , Khalid ternyata terlalu emosi malah mungkin terlalu mahu membela atau menjaga hati rakan-rakan sahabat bukan Islamnya sampaikan beliau telah mengarahkan JAIS supaya memulangkan semula kitab bible yang di rampas.

Rentetan itu beliau di tempelak oleh UMNO Selangor apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, menyifatkan arahan Abdul Khalid supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu yang dirampas memperlihatkan menteri besar itu telah tunduk dengan desakan DAP.Baca Selanjutnya 

Sebagai rakyat kita sebenarnya sudah dapat melihat dengan jelas , pada ketika seluruh umat Islam di Malaysia sedang berjuang untuk mempertahankan desakan demi desakan melampau daripada bukan Islam terhadap hak orang-orang Islam masih ada pemimpin seperti Khalid yang mengaku Melayu dan Islam sanggup meletakkan kepentingan politik sebagai kayu asas dalam membuat keputusan.

Agak memalukan sekali sebagai seorang Menteri Besar , Khalid sudah menunjukkan kepada rakyatnya bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang berpegang kepada janji.

Bayangkan sekiranya janji Khalid selaku Menteri Besar terhadap Sultan Selangor pun boleh di abaikan apatah lagi janji beliau terhadap rakyat di bumi Selangor ?

Inilah BUKTI terbesar betapa pembangkang sebenarnya tidak LAYAK untuk memimpin negara kerana mereka sanggup menggadaikan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu kuasa mereka.

Psst agaknya apa yang Khalid sedang fikirkan sekarang ? Mungkin tengah terlelap sekejap kot !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels