Followers

Thursday 16 January 2014

Apa Jadi Selepas 24 Jam ?? @Khairykj


“Kami beri masa 24 jam untuk ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini”.

Demikian tegas Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen susulan kejadian guru Cina Muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor yang dipaksa membuka tudung.

Pang Ah Ngang yang berusia linkungan 60an dikatakan telah mendesak guru Muslim Cina tersebut untuk membuka tudung selain mengancam keselamatannya.

“Guru tersebut telah membuat laporan polis di IPD Kota Tinggi dimana pihak polis telah memanggil Pang Ah Ngang untuk memberi keterangan.

“Walaupun laporan polis telah dibuat dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menukar guru Muslim tersebut ke sekolah yang lebih selamat, tetapi kami dukacita kerana perkara seperti ini terjadi yang boleh mencemarkan maruah Islam,” kata Rafiq.

Rafiq menambah beliau berharap pihak Kementerian Pelajaran akan turut memberi respon dengan kadar yang segera mengenai hal ini dimana menurutnya ia melibatkan isu nasional.

“Sebagai umat Islam kami rasa tercabar kerana kebelakangan ini, agama Islam sering diperkotak-katikkan. Oleh itu Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia mendesak pihak Kementerian Pelajaran mengambil respon terhadap apa yang telah berlaku.

“Jika Pang Ah Ngang tidak memohon maaf, kami mahu pihak Kementerian Pelajaran sama ada, Datuk Seri Idris Jusoh atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengambil tindakan tegas termasuk memecat pihak-pihak yang terbabit,” tegas Rafiq.

Semasa menemui pemberita pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Ampang hari ini, Rafiq turut mendesak agar Guru Besar sekolah tersebut, Chiew Swee Tuan diambil tindakan sewajarnya.

“Jika Guru Besar sekolah tersebut tidak dapat menyelesaikan isu ini, jadi beliau tidak layak untuk memegang jawatannya dan layak dipecat. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan selain gagal untuk memahami sensitiviti umat Islam di Malaysia,” tambah Rafiq.

Menurutnya lagi, penduduk Kampung Teluk Sengat, juga mula membuat demonstrasi selain menggantung kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan Pang.

“Ini adalah satu isu yang serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan kaum seterusnya menjurus kepada rusuhan. Setakat ini kami tidak nampak respon daripada pihak kerajaan, seolah-olah isu ini tidak wujud,” kata beliau.

Tahniah Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia , tindakan sebeginilah yang kita mahukan cuma MMI dah banyak kali tengok amaran demi amaran tapi akhirnya hampeh !!

Tidak ada niat nak kata dekat sapa-sapa tapi nak tahu juga apa jadi selepas 24 jam nanti ?

MMI

1 comment:

  1. Lepas 24 jam ke 24 hari ke 24 bulan ke senyap aje macam tu... biasalah tu...cina gelak aje tengok kelembikan Melayu Islam...

    ReplyDelete

Labels