Followers

Sunday 5 January 2014

KERJA GILA Pencuri Larikan 4 Ekor Lembu Guna Kereta !!


Tak pasti apa yang di fikirkan oleh si pencuri tersebut sampai sanggup memuatkan 4 ekor lembu ke dalam sebuah kereta jenis Wira.

Bayangkan berapakah muatannya 4 ekor lembu dengan 2 pencuri itu tatkala kenderaan tersebut meluncur di jalan raya.

MMI yakin pergerakannya ibarat siput babi dan pasti kedudukan kereta juga akan terbenam dengan bebanan sebegitu berat.

Walau bagaimanapun niat si pencuri untuk melarikan lembu-lembu tersebut tidak berjaya dan mereka di laporkan melarikan diri meninggalkan kereta dan haiwan terbabit di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas Kedah kerana kerosakan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
    
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.



Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
    
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
    
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels