Followers

Saturday 18 January 2014

Khas Buat ADUN KANGKUNG PKR , Tiada MAAF BAGIMU !!


Tindakan tidak beretika lagi bodoh wakil rakyat DUN Machang Bubuk , Lee Kai Loon yang menyumbat kangkung ke mulut replika berupa pemimpin negara masih belum selesai.Lee terus di kecam oleh orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penduduk Bukit Mertajam terutama di Machang Bubuk sangat marah dengan tindakan wakil rakyat berkenaan yang membangkitkan perasaan tidak puas hati kerana menghina pemimpin negara.
    
"Banyak lagi perkara lain yang beliau boleh buat daripada bertindak sedemikian (menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri). Penduduk di Machang Bubuk pilih beliau untuk bantu mereka selesaikan masalah rakyat.
    
"Ini masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Machang Bubuk tidak selesai, sibuk nak hina pemimpin negara dan tindakannya itu tidak boleh diterima langsung kerana dia tidak memikirkan sensitiviti masyarakat," katanya.


Ternyata kemarahan orang Melayu kini sudah tidak lagi boleh di bendung , kepada Adun Machang Bubu Lee Kai Loon TAHNIAH kerana orang Melayu kini sudah tidak lagi mahu mendengar permohonan maaf !



TIADA MAAF BAGIMU !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels