Followers

Wednesday 22 January 2014

Mai Dengaq Orang DAP Belah Utara BELETIAQ Pasai Parti DEPA !!!


Reaksi pertama bila MMI menonton video ini adalah gelak @ ketawa ! Bukan sebab nak hina mana-mana pihak tapi cara kenyataan yang di buat oleh Lee Guan Aik amat melucukan dengan loghat utaranya.Hahahaha sorry Lee tak sengaja !!

Tapi secara seriusnya kenyataan di atas membuktikan bagaimana puak-puak anak beranak yang kini bertapak dalam parti DAP benar-benar mahu menjadikan parti tersebut sebagai DINASTI LIM !!

Lim Guan Eng dan pemimpin atasan DAP lebih rela DAP berpecah belah asal kedudukan mereka dapat dikekalkan dan untuk merealisasikan cita-cita ini mereka sanggup melakukan apa saja meskipun ia akan menyebabkan DAP kehilangan banyak pemimpin-pemimpin yang berpotensi besar.

Perpecahan dalam DAP semakin ketara dengan wujudnya dua puak didalam parti; ahli yang sayangkan parti dan juga ahli yang ‘sayangkan’ Lim Guan Eng seterusnya Dinasti Lim.


Tindakan membelakangkan kemahuan akar umbi serta meminggirkan pemimpin-pemimpin negeri yang tidak sehaluan adalah antara bukti mereka ini sangat angkuh dan terdesak untuk memastikan parti kekal berada di dalam genggaman.

Adakah berbaloi atau tidak risiko sebesar ini diambil, hanya Lim Guan Eng yang tahu. Apa yang jelas, Lim Guan Eng mahu DAP berfungsi mengikut caranya, ‘perlembagaan ciptaannya dan yang pasti pemimpim-pemimpin bawahan yang berada dibawah telunjuknya.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels