Followers

Tuesday 21 January 2014

MELAYU Tidak Lagi MAMPU Cari REZEKI Di Pulau Pinang !!


Beginilah keadaannya siang tadi sewaktu satu operasi oleh pihak berkuasa tempatan MPPP merobohkan gerai milik orang-orang Melayu di Teluk Bahang Pulau Pinang.Modus operandi yang hampir sama dengan operasi-operasi sebelum ini yang telah banyak meruntunkan jiwa serta mengalirkan air mata orang-orang Melayu yang tidak punya kuasa apabila tanah tumpah mereka di miliki oleh orang lain.

Gambar tersebut menceritakan kisah suka duka sesama orang Melayu di Pulau Pinang yang terpaksa berdepan atau berkasar sesama sendiri semata-mata atas nama mencari rezeki.

MMI tidak lagi mahu menuding jari kepada mana-mana Melayu yang terlibat dalam insiden pergelutan siang tadi di mana di beritakan 2 orang daripadanya telah pun di tahan pasukan Polis kerana kekasaran yang berlaku setelah puas berperang mulut.

Sejauh mana kesahihan berita itu MMI sendiri kurang pasti namun yang jauh lebih penting di sini adalah kita harus sedar bahawa Melayu sedang di pelagakan dengan Melayu !

MMI yakin dan percaya seluruh anggota penguatkuasa malah sesiapa jua yang berdiri atas nama Melayu selain dari Melayu pengkianat penjilat puak pendatang TIDAK akan tergamak malah mahu melakukan operasi perobohan tersebut.

Tetapi atas nama mencari rezeki , mereka terikat dengan arahan daripada pihak atasan yang di ibaratkan sebagai telan mati emak di luah mati bapak !

Ya MMI tahu dan faham benar gerai-gerai yang terlibat itu punya tag line yang sama dengan gerai-gerai yang di robohkan sebelumnya iaitu HARAM !! Namun walaupun ianya punya status HARAM , gerai-gerai ini sebenarnya tidak pernah walau seinci pun mengganggu lalulintas apatah lagi manusia-manusia lain.


Malah tak salah jika MMI katakan waima binatang pun tidak terasa dengan kehadiran gerai-gerai tersebut yang secara puratanya memungut hasil penjualan bulanan sekitar RM1 ribu ringgit ke bawah (agakan) jauh sekali mampu menggangu gugat mana-mana usahawan , peniaga atau taikon-taikon puak cauvinist yang bersepah di serata Pulau Pinang.

Sedikit pelik apabila hampir 30 tahun peniaga-peniaga ini berniaga mencari rezeki , baru hari ini mereka berdepan dengan situasi sebegini.

Semuanya kerana pihak yang berkuasa hari ini mahu memberikan perkhidmatan terbaik mereka kepada rakyat dan kerana terbaik itulah setiap yang HARAM itu harus di kenakan tindakan tanpa was-was.

MALANG ! Agak malang kerana status HARAM itulah akhirnya memaksa orang-orang Melayu ini berdepan dengan Melayu sendiri sehingga timbul satu rasa kebencian sesama mereka.

Sedarkah kita bahawa Melayu sedang berbalah sesama Melayu ? Tahukah kita bahawa rasa benci itu mampu memutuskan persaudaraan sesama Melayu ?

Secara tiba-tiba Melayu jadi bangsa paling bangsat di Pulau Pinang kerana mereka sering kali menjadikan perkara-perkara HARAM sebagai salah satu alasan untuk terus mencari sesuap nasi.

Memang HARAM ! HARAM JADAH sebab bangsa dan mereka yang sama puak dengan pemimpin tertinggi aka ketua menteri langsung tidak di kenakan tindakan.Kalau ada sekalipun ibarat bumi dengan langit ! 


Apakah puak-puak ini tidak langsung terlibat dengan perkara HARAM ?

Atau sememangnya mereka itu kebal dari sebarang tindakan ?

Bagi mereka yang bermastautin di Pulau Pinang pasti faham jika MMI katakan "DOUBLE STANDARD".Amat jelas sekali ianya berlaku tetapi tidak ada satu pun MELAYU yang bersahabat dengan mereka cuba untuk pertahankan apa yang Melayu sedang lakukan terhadap Melayu.

HEBAT ! Inilah permainan paling licik puak-puak cauvinist di Pulau Pinang , mereka sanggup mengaku teruja dengan sifat pemimpin Islam malah mahu mencontohinya walaupun sikap sebenar mereka amat jauh berbeza sama sekali.

Pepatah ada menyebut sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua , dan inilah yang sedang berlaku di Pulau Pinang.Namun dalam suasana sedemikian pun masih ada Melayu yang buta hati sanggup melacurkan prinsip perjuangan sendiri semata-mata kerana pangkat dan kuasa.

Makin tak faham dengan Melayu !!!

Hari ini MMI faham tentang satu perkara , Memang benarlah kata-kata keramat bekas pemimpin nombor satu negara Tun Mahathir Mohamed bahawa MELAYU MUDAH LUPA.

Sememangnya MELAYU bukan sahaja MUDAH lupa tetapi MAKIN lupa yang mereka sebenarnya bersaudara.

Dengan tindakan berterusan oleh gerombolan mereka yang mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak dan isteri ini , MMI yakin lebih ramai lagi orang Melayu yang akan menjadi mangsa selepas ini.

Rumusannya apa yang telah dan sedang berlaku ini membuktikan betapa mereka yang kini menerajui Pulau Pinang langsung tidak punya perasaan.Jauh sekali untuk punya rasa simpati dan percayalah mereka sebenarnya punya agenda yang perlu di selesaikan secara senyap-senyap.

Melayu tidak lagi mampu cari rezeki di Pulau Pinang , Berhati-hatilah orang Melayu !!

**Insiden perobohan gerai di Teluk Bahang KLIK SINI 

MMI

2 comments:

  1. PADAN MUKA KO MELAYU, SSOKONG LA LAGI CINA DAP/PKR, MINTAK LA TOLONG KAT N.AJIS ,HADI, ha sekarang TAHAN la ......

    ReplyDelete
  2. Cina meniaga pakai roda, habis meniaga bawa balik... melayu meniaga pacak tiang macam tempat sendiri yang punya.... gerai haram, pendapatan haram... macam cina makan babi, takan kita makan juga....

    ReplyDelete

Labels